Tiada wang? Kerajaan kenakan cukai tambahan RM3. 98b ke atas TNB.

Ini sebenarnya cara kerajaan PH menyamun wang Rakyat secara terang-terang.

Semalam, kerajaan PH tiba-tiba mengenakan cukai tambahan sebanyak RM3.98 bilion ke atas Tenaga Nasional (TNB).

Kononnya, TNB tidak membayar cukai yang mencukupi bagi tahun 2015 hingga 2017.

(Sebagai sebuah syarikat yang disenarai, TNB membayar cukai berbilion Ringgit tiap-tiap tahun. Macam mana pula TNB boleh tiba-tiba dituduh tidak membayar cukai yang mencukupi?)
https://www.theedgemarkets.com/article/tenaga-down-175-rm398b-additional-taxes-irb



Keuntungan TNB bagi keseluruhan tahun 2018 lepas baru RM3.72 bilion.

Ini bermaksud TNB tak payah untung tahun 2019 ini selepas membayar cukai tambahan RM3.98 bilion.

Kalau tak untung, TNB tak bayar dividen.

Dividen dibayar kepada siapa?



Di bayar kepada pemegang saham mereka yang kebanyakannya adalah tabung-tabung rakyat seperti ASN/.ASB, Tabung Haji, KWSP dan unit amanah.

Sebab itu, langkah Menteri Kewayangan tiba-tiba mengenakan cukai tambahan RM3.98 bilion ke atas TNB adalah sama dengan merompak dividen dan simpanan Rakyat.

Ratusan bilion Ringgit dana dipinjam, dijual dan dijarah dari PETRONAS oleh PH sejak PRU14.

Kini giliran syarikat milik tabung-tabung amanah Rakyat disamun berbilion-bilion.



Rakyat malas, kata mereka.

Perlu ikat perut, kata mereka.

Hanya kroni-kroni tak malas..

Sebab itu, PH jaga ketat-ketat.



Diberi dana awam untuk projek PROTIGA, projek kereta-kereta terbang , projek Pulau Pinang RM46 bilion dan projek jambatan ke-3 Johor-Singapura.

Dari FB Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker