Terbalik: Wan Azizah rasmi kongres AMK, Azmin di kongres Wanita

PKR memutuskan kongres sayap wanitanya akan dirasmikan timbalan presiden Mohamed Azmin ali, manakala kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) oleh bekas presiden Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Perkara itu diumumkan Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil ketika sidang media di ibu pejabat parti di Petaling Jaya, hari ini.

“Setakat yg dimaklumkan setakat ini, sekretariat berkata kongres wanita akan dirasmikan oleh timbalan presiden, manakala untuk kongres AMK akan dirasmikan oleh timbalan perdana menteri,” katanya ketika ditanya berkenaan perkara itu.

Fahmi berkata Azmin bagaimanapun belum mengesahkan kehadirannya.



“Saya tak ada terima maklumat yang menyatakan sama ada beliau akan hadir atau tidak,” katanya.

PKR sedang bergelut dengan pergeseran terbuka sejak beberapa minggu ini berhubung pemimpin yang akan merasmikan kongres tahunan sayapnya.

Penyokong Azmin bertegas bahawa tradisi untuk timbalan presiden parti merasmikan kongres AMK perlu dikekalkan.

Ia selepas Ketua AMK Akmal Nasir membatalkan undangan terhadap Azmin dan menjemput Wan Azizah untuk merasmikannya.



Azizah kini memegang jawatan pengerusi Majlis Penasihat PKR.

Kongres sayap wanita dijadual berlangsung pada 5 Disember, disusuli dengan kongres AMK keesokannya. Kongres nasional akan berlangsung pada 7 Disember.

‘Pemecatan tak beri kesan pada parti’

Ditanya berkenaan kebimbangan bahawa PKR berisiko diharamkan susulan pemecatan dua pemimpin AMK, selepas dua pemimpin PKR dipecat, Fahmi berkata isu berkaitan sayap itu tidak melibatkan parti secara keseluruhan.



Ini kerana hanya parti yang didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS, katanya lagi.

“Setakat ini tidak jadi isu kerana (pemecatan) pengerusi tetap dan timbalan pengerusi tetap di bawah bidang kuasa dan peraturan AMK. Ia tidak melibatkan badan utama ataupun cabang.

“Sebenarnya hanya PKR dan cabang yang didaftarkan dengan ROS, bukan sayap. AMK dan Wanita PKR tak didaftarkan dengan ROS,” katanya lagi.

Semalam, AMK memecat Mizan Adli Mohd Noor dan Mohd Ramly Ahmad daripada jawatan pengerusi tetap dan timbalan pengerusi tetap, atas dasar timbul keraguan berkenaan pemilihan mereka tahun lalu.



Pengerusi tetap dan timbalannya biasanya menjadi pengerusi kongres tahunan.

Justeri Fahmi berkata pelantikan baru untuk dua jawatan itu akan menjadi perkara pertama dalam Kongres AMK minggu depan.

Mkini



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker