Tubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) Siasat Kemasukan Abu Komunis.

oleh Ab Jalil Backer

Kejayaan membawa masuk abu mayat Chin Peng merupakan kegagalan jelas pihak berkuasa keselamatan memantau anasir komunis.

Setahu kita pergerakan anasir komunis sentiasa dipantau pihak keselamatan. Selama 5 tahun mereka gagal membawa pulang abu Chin Peng ini.

Justeru bagaimana di bawah kerajaan baharu ini abu mayat pemimpin komunis nombor satu Malaysia berjaya dibawa pulang?



Jadi kita hendak dengar dari mulut Cawangan Khas dan Intelijen ATM sendiri bahawa mereka tidak tahu mengenai kejadian ini dan mengakui kegagalan mereka.

Kita juga tertanya-tanya apakah sudah ada ‘persetujuan tersembunyi’ untuk meringankan hukuman terhadap pembawa?

Generasi muda kaum Cina mungkin terpengaruh dengan dakyah DAP dan pemimpin politik tertentu sehingga melihat ini adalah Melayu vs Cina.

Realitinya tidak begitu. Jika anda belajar sejarah, malangnya ia tidak diajar dengan baik di sekolah vernakular, anda akan tahu bahawa komunis ini satu gerakan kejam yang membunuh masyarakat Melayu, Cina dan India yang tidak mahu menyokong mereka.



Adalah sangat aneh untuk generasi muda Cina melihat ini sebagai isu perkauman kerana generasi muda Cina di Hong Kong dan Taiwan sendiri menentang komunis sehingga hari ini.

Di Indonesia jangankan ada yang berani membawa pulang abu pemimpin komunis seperti ini, mencetak gambar tukul,yang mewakili simbol komunis, walaupun bukan mempromosi agenda komunis boleh dihukum penjara.

Di negara ini orang tidak segan silu mengangkat komunis sebagai pejuang kemerdekaan. Komunis Malaya tidak berjuang untuk kemerdekaan negara. Mereka berjuang untuk kesatuan komunis Asia.

Sebab itu mereka terus mengganas selepas merdeka sehingga pertengahan 80-an.



Related Articles

One Comment

  1. Sumbat ja dlm penjara puak2 komunis ni jgn bagi muka… Termasuk yg lantang bersuara mewakili puak2 komunis ni… X sedar di untung owg melayu dh bg sedikit harapan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker