Selepas lima bulan, apa kedudukan terkini siasatan video semburit? Soal peguam

Peguam Negara, Tommy Thomas dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador diminta mengeluarkan kenyataan rasmi memaklumkan kepada rakyat kedudukan terkini siasatan video semburit yang didakwa melibatkan menteri Kabinet.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, selepas lebih lima bulan sejak tercetusnya isu video semburit itu, adalah amat penting untuk pihak berkuasa yang terlibat untuk mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan siasatan.

“Secara profesional saya nyatakan bahawa selepas tempoh masa lebih lima bulan sejak tercetusnya isu video “seks sejenis (semburit)” itu, ianya adalah teramat penting agar pihak berkuasa yang terlibat dalam kendalian isu ini, iaitu sama ada pihak siasatan polis mahupun pihak penasihat siasatan Pejabat Peguam Negara, adalah bertanggungjawab untuk keluarkan satu kenyataan rasmi berkaitan kedudukan siasatan video “seks sejenis (semburit)” itu,” katanya di laman Facebook.

Menurut Haniff, kenyataan rasmi itu juga penting agar prinsip kedaulatan undang-undnag diperlihatkan dengan jelas sedang dipatuhi untuk menolak mana-mana persepsi negatif berkaitan kelewatan maklumam berhubung siasatan isu ini.

Pada 11 Jun lalu, media melaporkan satu video yang memaparkan aksi intim dua lelaki tular menerusi Whatsapp yang diberi nama ‘Jemputan Hari Raya’.

Berikutan itu seorang lelaki Haziq Abdullah Abdul Aziz yang ketika itu merupakan setiausaha sulit kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin tampil membuat pengakuan beliau adalah lelaki bersama menteri berkenaan.

Haziq mendakwa video tersebut dirakam pada 11 Mei lalu di sebuah bilik hotel di Sandakan dan ketika itu umat Islam sedang berpuasa di bulan Ramadan.
BACA: Haziq mengaku dirinya dalam video tular

Abdul Hamid dalam satu kenyataan berkata, video yang didakwa melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu dihasilkan oleh pihak yang diupah dengan ratusan ribu ringgit.

Katanya, siasatan juga mendapati wujud “pakatan jahat” yang didalangi oleh pemimpin sebuah parti politik bertujuan mengaib dan menjatuhkan individu tertentu.” MalaysiaGazette

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker