Perlu permit untuk kempen dari rumah ke rumah : Adakah PH terdesak?

Menyusahkan, kata Tok Mat gesa SPR kaji balik syarat permit kempen rumah ke rumah

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Mohamad Hasan meminta pihak berkuasa mempertimbangkan semula keperluan permit polis untuk kempen rumah ke rumah semasa pilihan raya, yang dimaklumkan ketika tinggal beberapa hari sahaja lagi menuju hari pengundian Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai.

“Kalau nak jalan, rumah ke rumah, nak permit, dari masa dan mana lokasi, itu sudah menyusahkan,” katanya ketika ditemui di satu ceramah Barisan Nasional di Kampung Parit Rambai malam tadi.

Beliau yang juga timbalan presiden Umno memberitahu keperluan permit itu bukan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya tetapi daripada polis, dan meminta polis daerah atau Bukit Aman mempertimbangkan semula arahan itu.



“Kita hormati kebebasan. Kalau buat ini pada ceramah, saya faham dan tidak merungut. Kalau berjalan rumah ke rumah perlukan permit, saya mohon pertimbangkan,” tambah beliau.

SPR semalam memaklumkan polis meminta semua parti dan calon bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai supaya mendapatkan permit bagi kempen rumah ke rumah kerana ia juga suatu bentuk berkempen.

FMT



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker