MCA Junjung Prinsip Perlembagaan, Tidak Seperti Dap Rasis Cauvinis – Mike Chong

MCA Public Services and Complaints Department head Datuk Seri Michael Chong

Walaupun MCA sebuah parti yang berteraskan kepada kaum Cina tetapi pendekatan yang diambil jauh berbeza dengan parti Dap.

Jurucakap MCA, Mike Chong berkata MCA mendukung prinsip-prinsip yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak menyentuh sensitiviti orang lain sepertimana amalan Dap yang rasis.

“Kita bukan Dap, tidak rasis macam Dap. Kita cintai keamanan dalam negara ini. Kita tak pernah mengeluarkan kenyataan yang mengeji nabi, sultan-sultan dan raja-raja.

“Kita tidak pernah mempertikaikan perlembagaan kerana kita tahu itu semuanya ialah hasil moyang kita untuk memastikan semua rakyat dalam negara ini dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Itulah yang membezakan MCA dengan Dap,” ujarnya di ceramah umum di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Tenggayon, di sini Selasa malam.

Hadir sama, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohammed Khalid Nordin.

Tambahnya MCA juga menjadi mangsa politik Dap kerana Dap sering memainkan sentimen perkauman dan cauvinis.

“MCA sebelum ini telah banyak dipermainkan oleh Dap. Kenapa? Kerana Dap memainkan sentimen perkauman, cauvinis yang memang dapat sokongan yang hangat dari orang Cina.

“Nak buat sesuatu dalam negara ini bukan sahaja nak bagi orang Cina suka. Kita juga kena jaga perasaan orang Melayu, India, Iban dan Kadazan kerana negara ini berbilang kaum dan agama,” ujarnya lagi.

Mike dalam ucapannya juga mengucapkan terima kasih kepada UMNO kerana sudi memberi ruang dan laluan kepada MCA bagi mewakili Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, yang pertama selepas inisiatif Muafakat Nasional ditandatangani.

Mike juga yakin Muafakat Nasional mampu menjadi kuasa yang baharu di negara ini.

“Apabila UMNO dan PAS menandatangani piagam Muafakat Nasional di PWTC, MCA, MIC hantar wakil dan nampak wakil-wakil daripada pelbagai kaum. Ini bukti terbaik Muafakat Nasional ini bukan sahaja untuk orang Melayu, Islam tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia.

“Untuk merealisasikan impian Muafakat Nasional, kita cadangkan kepada UMNO supaya meletakkan calon daripada MCA supaya apabila kita menang dalam PRK kali ini, kita akan buktikan kepada rakyat Malaysia bahawa kita sudah bersedia untuk takluk Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum akan datang,” katanya. – UMNO ONLINE

SOSMA: Pekung, wajah sebenar DAP makin terbongkar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker