Siti Elizad mandul? Kau cuit salah orang


Siti Elizad mandul? Kau cuit salah orang

“Tiada siapa boleh cakap saya mandul…kau cuit salah orang!..” – Siti Elizad

PELAKON Siti Elizad meluahkan rasa sedih dan kesal selepas dituduh mandul oleh seorang pengguna laman sosial.

Menurut Elizad, tindakan pemilik akaun yang menggunakan nama Zain Rashdan itu dianggap melampau dan biadab kerana menuduhnya tanpa usul periksa.



“Saya jarang layan komen bodoh macam ini. Tapi bila dia menggunakan perkataan mandul, ia sangat menyakitkan saya.

“Dia siapa nak cakap saya mandul? Dia siapa nak persoalkan saya boleh beranak atau pun tidak? Menggigil dan terketar tangan ini…jantung rasa nak tercabut.

“Sedih teramat-amat sangat! Suka ke kalau tengok aku bercerai-berani sebab belum ada zuriat?,” katanya.

Tambah Elizad lagi, dia telah berusaha dengan pelbagai cara untuk mendapatkan cahaya mata namun masih lagi belum diberikan rezeki.



“Saya menangis ketika meluahkan perasaan ini. Tahu ke saya solat atau tak? Pernah kerjasama dengan saya? Bersedekah? Bangun solat malam? Mengaji, pakai telekung atas sejadah, segala amalan perlu dimuat naik ke media sosial?

“Lain orang lain caranya. Saya tidak perlukan perhatian sebegitu. Saya gembira dengan kehidupan sekarang. Dapat anak atau tak, itu kerja Allah.

“Cuma, tak ada siapa yang boleh cakap perkataan mandul kepada saya! Saya berusaha keras bagai nak mati untuk dapatkan zuriat sendiri.

“Setiap hari dalam solat menangis-nangis minta pada Allah jangan biarkan saya keseorangan tanpa zuriat. Menangis kecewa sebab tak ada penemuan umur dah macam ini.



“Bertahun-tahun saya pergi jumpa segala doktor pakar, pergi seluruh pelusuk tempat untuk berubat…cucuk sana sini, sakit tahu tak?, ujarnya.

Dalam pada itu, Elizad turut meluahkan rasa sedih apabila individu terbabit tergamak mengeluarkan perkataan sensitif kepadanya sedangkan dirinya sudah banyak berkorban.

“Yang kau, senang-senang pukimak kan aku dan cakap aku mandul!

“Apa aku rasa? Keluarga aku rasa? Orang yang tahu dan nampak saja saya bersusah payah berulang alik, tahan sakit nak dapatkan anak,” katanya.



Susulan itu, Elizad atau Siti Elizad Mohamad Sharifuddin,37, telah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Jalil.

“Saya ambil kisah dan tak maafkan orang. Tapi kali ini hati saya luluh dan sedih sangat-sangat. Tuhan saja yang tahu.

“Saya sudah membuat laporan polis. Terima kasih kepada semua anggota polis yang membantu.

“Terima kasih juga kepada yang sentiasa menyokong dan memberi kata-kata semangat buat saya.



“Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala kata-kata kebaikan anda. Selebihnya, tunggu tindakan selanjutnya,” tuturnya. Utv

Siti Elizad mandul? Kau cuit salah orang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Caprice pula terbang ke Palestin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker