Exco pemuda: Lebih penting kembalikan Najib sebagai pengerusi BN

Share

Berbanding isu pelantikan Hishammuddin Hussein sebagai setiausaha agung BN, seorang exco pemuda Umno berpandangan lebih penting untuk melantik bekas perdana menteri Najib Razak sebagai pengerusi BN.

Shahrul Nasrun Kamarudin berkata, peranan Najib lebih menyerlah berbanding Hishammuddin selepas kekalahan BN dalam PRU ke-14.

“Saya tak mempertikai kesetiaan Hishammuddin selagi beliau tidak keluar Umnro, namun selepas PRU ke-14 dan ketika Umno berdepan kekalahan beliau memilih untuk ‘berehat’.

“(Pada masa sama) Najib menggunakan sepenuhnya kuasa media sosial untuk menjawab kegagalan dasar kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Saya secara peribadi berpandangan Najib lebih layak ditampilkan semula sebagai pengerusi BN,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shahrul Nasrun
Mengikut kebiasaan, jawatan pengerusi BN dipegang oleh presiden Umno. Presiden Umno pada masa ini ialah Ahmad Zahid Hamidi yang juga bekas timbalan perdana menteri.

Minggu lalu, laporan Malaysia Gazette yang memetik sumber menyatakan Zahid bersama-sama Presiden MCA Wee Ka Siong dan Presiden MIC SA Vigneswaran telah bermesyuarat dan setuju untuk melantik Hishammuddin sebagai setiausaha agung BN yang baru menggantikan Tengku Adnan Tengku Mansor.

Sejak itu, sekurang-kurangnya tiga pengerusi Umno negeri telah menyatakan sokongan, iaitu Shahidan Kassim (Perlis), Hasni Mohammad (Johor), dan Mat Nadzari Ahmad Dahlan (Selangor).

Mengulas lanjut, Shahrul berkata apa yang diperlukan BN sebagai pembangkang adalah pemimpin yang dilihat sebagai rebel untuk kembali mendapatkan sokongan terutama golongan muda.

“Suka atau tidak, Najib yelah mencipta momentum rebellion anak muda melalui program Bossku ketika pemimpin Umno lain menjauhkan diri daripadanya,” katanya lagi, sambil menambah “kegagalan kerajaan PH” menyebabkan kepimpinan Najib kembali diperlukan.

Najib kini merupakan pengerusi lembaga penasihat BN.

Mkini

(Visited 13 times, 1 visits today)

One thought on “Exco pemuda: Lebih penting kembalikan Najib sebagai pengerusi BN

  • October 4, 2019 at 07:52
    Permalink

    Bagi pandangan saya sebagai rakyat yg sentiasa mngikuti perkembangan politik tanah air adalah amat setuju dgn pandangan serta cadangan agar DSNR lebih layak untuk dilantik sebagai pengerusi BN seperti yg dicadangkan oleh Exco pemuda umno tsbut.. rakyat amat merindui kepimpinan KBN (Umno&Pas) untuk kembali menerintah negara ini..

    Reply

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!