Sindiket Jual MyKad Gadai Masa Depan Anak Bangsa, Negara… Kerisauan Rakyat Munasabah – Lokman

Share


Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat, Datuk Lokman Noor Adam menyokong penuh tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan mereka yang terlibat di dalam penjualan kad pengenalan kepada warga China di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Ujarnya, sebarang usaha untuk memberikan kewarganegaraan kepada pendatang asing sebelum mereka memenuhi syarat demi meraih keuntungan politik tidak boleh diterima sama sekali.

“Ini membuktikan bahawa tindakan Barisan Nasional (BN) memperkenalkan SOSMA demi menjaga keselamatan negara amat tepat sehingga kerajaan Pakatan Harapan (PH) terpaksa membuat ‘U-Turn’ sekali lagi dengan menggunakan akta yang mahu mereka hapuskan.

“Sebelum ni saya tidak mahu komen kebanjiran pelancong dari Tanah Besar China, sistem ‘down’ di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) dan pelbagai pendedahan warga Singapura dan China yang tiba-tiba mendapat kad pengenalan biru. Amat sukar untuk kita mendapatkan pengesahan atau bukti terhadap segala pendedahan ini.

“Tapi hari ini bila pihak Imigresen Pulau Pinang sendiri berjaya mengesan sindiket yang menjual IC (kad pengenalan) biru kepada 6 orang warga China, segala kerisauan rakyat berhubung usaha menambah jumlah pengundi Cina melalui pemberian kewarganegaraan kepada warga China ternyata munasabah. Inilah kaedah yang dikatakan telah digunakan oleh Singapura untuk menambah jumlah rakyat berketurunan Cina berbanding Melayu,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Namun tambah Lokman terdapat kemusykilan yang perlu pihak berkuasa rungkaikan kepada umum.

“Apa yang saya muskyil, takkan hanya beberapa orang kakitangan JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) yang berjaya ditangkap kerana terlibat dalam penjualan 6 kad pengenalan ini.

“Adakah penangkapan beberapa orang kakitangan JPN ini hanya untuk meredakan kemarahan rakyat dan melindungi pihak sebenar di belakang pemberian kad pengenalan biru kepada ratusan ribu pendatang dari Tanah Besar China? Soalnya.

Justeru, Lokman yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO amat berharap agar semua pihak yang terlibat menjalankan tugas sebagai penguatkuasa tidak kira dari agensi mana serta parti yang disokong perlu sedar bahawa apa yang berlaku itu akan memberi kesan kepada negara untuk satu tempoh yang sangat panjang.

“Walau besar mana sekalipun habuan yang mungkin anda akan perolehi dengan melakukan kerja terkutuk ini, sedarlah bahawa kemewahan yang anda mungkin perolehi itu perlu dibayar dengan tergadainya masa depan anak cucu kita kelak.

“Hentikanlah perbuatan ini sebelum terlambat. Tidak cukup lagikah pengajaran yang kita perolehi setelah Dap menguasai kerajaan? Tanyanya lagi. – UMNO ONLINE



One thought on “Sindiket Jual MyKad Gadai Masa Depan Anak Bangsa, Negara… Kerisauan Rakyat Munasabah – Lokman

  • September 15, 2019 at 10:04 am
    Permalink

    My opinion is that our government should do something , it won’t happen if there is a middle peeson / scapegoat who is willing to use their name to get the ic .
    Or minister who are involved in it .
    Many foreigners seek for ic in this country and many are willing to give birth here as well in this country just for cetinzenship , its a wonder on how they got birth certificate from JPN . Plus our people with low income arw willing to do anything for it just to earn by becoming a scape goat for this .
    I hope that JPN WILL take this matter serious

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *