Saya tak terlibat dengan video itu – Anwar

Share


Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata beliau tidak terlibat dan tidak mahu terlibat dengan isu video seks terbaru yang didakwa melibatkan timbalannya Azmin Ali.

“Saya tidak terlibat.

“Saya tidak mahu terlibat dalam hal ini,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran sebuah forum antirasuah di Petaling Jaya hari ini.

Beliau berkata demikian setelah ditanya berkaitan penyebaran terbaru rakaman video didakwa asmara Azmin dan seorang lelaki kepada pemberita pagi tadi.

Pagi ini enam lagi klip video disebarkan, kali ketiga ia dilakukan.

Ia diedarkan melalui kumpulan Whatsaap bertajuk “Video Terkini Azmin” yang dicipta pada jam 3.35 pagi tadi.

Mkini



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *