Rogol amah: DAP dakwa individu bawa mangsa lapor polis terima RM100,000

Share


Penasihat DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham membuat laporan polis hari ini dengan mendakwa menerima maklumat baharu berhubung kes rogol pembantu rumah warga Indonesia melibatkan Exco kerajaan negeri, Paul Yong Choo Kiong.

Menurut Koo Ham, beliau menerima maklumat bahawa individu yang membawa pembantu rumah terbabit untuk membuat laporan polis telah menerima sejumlah wang sebanyak RM100,000.

“Semasa saya berada di sebuah hotel di Jalan Datoh pada pukul 6 petang tadi, saya terima maklumat yang individu membawa pembantu rumah itu untuk membuat laporan polis telah menerima wang sebanyak RM100,000.

“Individu itu juga telah diugut dengan sepucuk pistol untuk tidak membongkar rahsia tersebut,” katanya ketika ditemui di luar perkarangan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini hari ini.

Menurut Koo Ham, beliau percaya dengan maklumat terbaharu itu kemungkinan terdapat muslihat di belakang dakwaan rogol melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh itu.

Sehubungan itu katanya, laporan polis telah dibuat pada pukul 10.15 malam ini berhubung maklumat terbaharu itu bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut.

“Saya berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan lanjut dakwaan yang dibuat oleh pembantu rumah berkenaan.

“Saya tidak mahu mendedahkan butiran lanjut mengenai saksi itu dan menyerahkan segala maklumat kepada polis untuk siasatan lanjut supaya kita tahu agenda tersembunyi di sebalik tuduhan itu,” katanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed hari ini memaklumkan bahawa Choo Kiong akan dituduh esok di Mahkamah Sesyen Ipoh selepas merogol seorang pembantu rumah warga Indonesia pada bulan lalu.

Menurut Huzir, pertuduhan itu akan dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.-UTUSAN ONLINE



2 thoughts on “Rogol amah: DAP dakwa individu bawa mangsa lapor polis terima RM100,000

  • August 23, 2019 at 2:03 pm
    Permalink

    Dia cuba alih… silap2 org yg merogok bangsa dia dia akan jadikan hero sedangkan yg kena rogol bangsa melayu nusantara yg masuk penjara… makin f&@k n s__l si setan2 ni bersaandiwara..mereka ni golongan takde mariah n tak tahu malu…

    Reply
  • August 23, 2019 at 2:18 pm
    Permalink

    Punyala taichi nak selamatkan member.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *