Kenapa perlu tukar nama Hari Sukan Negara kepada nama Inggeris?

Share


Oleh Ab Jalil Backer

Klasifikasi 18PG

Eh kebabian apa ini?

Hari Sukan Negara 2019 ditukar nama kepada Malaysia Sports Challenge 2019 (MySC’19) dan akan berlangsung sepanjang Oktober ini.

Adakah bahasa Melayu terlalu hina sampai acara dalam negara pun ditukar kepada bahasa Inggeris?

Jangan pula ada cuba mempertahankan kepentingan menguasai bahasa Inggeris.

Kita tidak nafikan kepentingan penguasaan bahasa Inggeris. Namun ia bukanlah sampai perlu menghina kedudukan bahasa Melayu.

Maaflah saya tulis agak kasar dalam status ini. Kita akui kadang-kadang acara dalam negara pun ada dalam bahasa Inggeris.

Namun ini acara sukan kebangsaan menggunakan dana rakyat dan telah pun diberi nama dalam bahasa kebangsaan sejak beberapa tahun lalu.

Apa keperluan menukar kepada bahasa Inggeris? Babi pun lebih bermaruahlah.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *