Firdaus Wong pula dikenakan sekatan?

SELEPAS Dr Zakir Naik, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu dan kini pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung mula menjadi sasaran pihak pelampau agama di Malaysia.

Dalam beberapa hari lalu, Firdaus memaklumkan bahawa ceramah beliau yang dijadualkan di Kedah telah dibatalkan.

“Beberapa hari lepas mendapat berita bahawa dua ceramah saya kepada pelajar Muslim di Kulim ditangguhkan (dibatalkan) saat akhir atas arahan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).”

Namun beliau tidak menyalahkan pengetua sekolah atas pembatalan itu.



Katanya, pihak sekolah telah bersusah payah dan bersungguh mengatur jadual sebulan lepas dan buat persiapan tetapi mendapat panggilan dari PPD dan mereka terpaksa tangguhkannya.

“Cuma untuk rekod, Ramasamy (Dr P. Ramasamy Palanisamy) dan beberapa individu membantah saya memberikan ceramah di sekolah.”

“Alasan mereka kerana saya adalah pendakwah dan anak murid Dr Zakir Naik serta kononnya saya berdakwah kepada pelajar Belum Muslim.”

“Tuduhan itu kemudian dinafikan sendiri oleh Kementerian Pendidikan Malaysia,” katanya.



Namun, yang menghairankan Firdaus ialah program kali ini bersama pelajar Muslim sahaja tetapi juga dihalang.

Firdaus berkata jika ketika ini program di sekolah juga dihalang, bagaimana pula kelak program di surau dan masjid?

Mutakakhir ini, campurtangan DAP bukan sahaja dalam sektor pendidikan, malah turut mencampuri dalam pelbagai hal lain termasuklah hal ehwal agama Islam, tidak menghormati bahasa kebangsaan, menghina institusi raja-raja dan bidang kehakiman. – 20 Ogos 2019

https://nthqibord.com/2019/08/20/firdaus-wong-pula-kena-sekatan/



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker