Lakukan 4 perkara ini sebelum tidur

portrait of beautiful sleeping muslim woman in bed
TIDUR ibarat kematian kecil yang dialami oleh setiap insan. Allah yang menetapkan sama ada jiwa itu kembali kepada jasadnya lalu terbangun atau sebaliknya.

Oleh yang demikian, ketika manusia begitu hampir dengan kematian (hendak tidur), amatlah rugi jika mereka tidak memperbaiki hubungan dengan Allah.

Ulama pernah berpesan bahawa sebelum seseorang itu melelapkan mata, maka dia perlu melakukan empat perkara:

1. Memastikan bahawa kita telah menyelesaikan masalah dengan orang lain

– Jika ada berselisih faham dengan rakan, ahli keluarga atau sesiapa, maka sebaiknya kita menyelesaikan dahulu masalah dengan mereka. Leraikan permusuhan dengan ucapan maaf dan ambil inisiatif untuk berlapang dada.

2. Memastikan tanggungjawab kepada Allah telah diselesaikan

– Tanggungjawab yang dimaksudkan di sini seperti bersuci, membersihkan diri, solat dan sebarang ibadah yang ingin dilakukan sebelum tidur.

3. Mengambil masa untuk bertenang dan menghisab diri

– Ambil sebentar masa untuk bertenang, berzikir dan bercakap-cakap dengan Allah. Mohon ampun atas segala dosa serta penjagaan daripada Allah sepanjang kita tidur.

4. Membuat persiapan untuk mati

– Pastikan kita telah membuat persiapan untuk mati sekurang-kurangnya dengan meninggalkan pesanan dan wasiat untuk teman atau keluarga.

Kata orang tua-tua, tidur adalah ‘saudara kematian’ kerana saat itu kita sudah tidak sedar apa yang berlaku di sekeliling kita walaupun masih bernyawa.

Peliharalah adab-adab untuk tidur seperti bersuci dan membaca doa yang disarankan agar tidur kita sentiasa dalam perlindungan serta jagaan Allah dan para malaikat.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker