Sarawak Report pula dedah Mukhriz dapat 1000 hektar kawasan balak Sarawak

Share


DAP, PKR serang Tun M, Sarawak Report pula dedah Mukhriz dapat 1000 hektar kawasan balak Sarawak

1. Penasihat undang-undang Negeri Sarawak, Fong Joo Chung telah mendedahkan Mukhriz Mahathir mendapat kontrak pembalakan daripada Ketua Menteri Sarawak pada tahun 1994 diwaktu Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ke 4.

2. Menurut Sarawak Report, Tan Yak Soon, bekas pemilik Tanjung Tiara Sdn Bhd telah berjaya mendapatkan 1,000 hektar kontrak pembalakan dengan pertolongan Fong Joo Chung dan Ketua Menteri Sarawak sekarang.

Untuk rekod Pemegang saham bersama dan pengerusi Tanjung Tiara Sdn Bhd ketika itu adalah Mukhriz Mahathir yang berumur 30 tahun pada 1994.

3. Mukhriz Mahathir, seperti bapanya menyatakan bahawa dia tidak tahu tentang urusan yang melibatkan Tanjung Tiara Sdn Bhd.

4. Apa motif Sarawak Report cuba untuk bermain detektif mendedahkan nama Mukhriz Mahathir dalam konspirasi pembalakan di Sarawak ini? Apakah Sarawak Report mahu memusnahkan kredibiliti Tun M yang sekarang turut diserang bertubi-tubi oleh pemimpin DAP? Atau Sarawak Report dibayar Lim Guan Eng, Tony Pua DAP serang Tun M?

5. Sebelum ini isu monopoli syarikat OPCOM milik Mukhriz pernah menjadi tular ekoran sering mendapat kontrak kerajaan khususnya di Telekom Malaysia.

6. Pastinya pendedahan ini memberi kesan kepada Mukhriz anak Tun Mahathir PM ke7 sekarang yang diserang oleh DAP sendiri. Rupanya bukan sahaja Opcom Berhad mendapat manfaat oleh kedudukan Mukhriz tetapi balak Sarawak juga.

Artikel lanjut Sarawak Report.

J C Fong Claims Sarawak Report ‘Shielded’ Mukhriz Mahathir – Astonishing Slur Against PM’s Family EXCLUSIVEArtikel lanjut Sarawak Report.

Without commenting on matters which are sub-judice, I wish to point out the glaring omissions in the Sarawak Report, seemingly intended to shield certain parties from being implicated with the alienation of the land in question, Lot 63 Sawai Land District.

For the record, the title for the land was issued to Tanjung Tiara Sdn Bhd on 28.03.1994 following a written application by its Chairman, a well known West Malaysian politician made to the then Chief Minister of Sarawak. I challenge Sarawak Report to name him and seek MACC’s help to investigate why the land was alienated to this person’s Company at what Sarawak Report claims to be “low premium”. I am sure Sarawak Report would be transparent enough to make such an important public disclosure of the identity of the person who applied for and was given the land. If Sarawak Report wishes, it could authorize the State Government of Sarawak to produce the original application letter dated 21 January, 1994 for public inspection. In any event, this application letter had been disclosed in 2 cases before the High Court and Tanjung Tiara Sdn Bhd and its liquidators do not dispute its authenticity.
[J C Fong 29th July 2019]

7. Apakah Sarawak Report dan PH di Sarawak menyahut cabaran Penasihat undang-undang Negeri Sarawak, Fong Joo Chung itu agar melaporkan penama Mukhriz kepada SPRM?

8. Apa reaksi Mukhriz dengan pendedahan beliau pernah mendapat lesen balak 1000 hektar itu? Pastinya Mukhriz terkejut namun seperti biasa beliau akan berjaya menepisnya. Beliau kan anak PM. Mesti terselamat.

Captain M
https://captainm777.wordpress.com/2019/08/17/dap-pkr-serang-tun-m-sarawak-report-pula-dedah-mukhriz-dapat-1000-hektar-kawasan-balak-sarawak/



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *