Taktik kotor potong syarahan Zakir Naik untuk beri persepsi buruk.

Malaysia Kini akhir2 ini membawa potongan syarahan Dr Zakir Naik. Memang menjadi taktik kotor orang kafir di seluruh dunia untuk potong syarahan Dr Zakir Naik dan memberi persepsi buruk pada potongan syarahan itu. Cara yang sama dilakukan oleh kerajaan India untuk menuduh Dr Zakir sebagai pengganas.

Antara potongan yang sangat kontroversi ialah,

” the majority (majoriti Tanah Melayu) almost all were non-Muslims and almost all became Muslims MashaAllah. Later on, there are people coming afterwards. Malaysia, became fully Muslim, then you have the Chinese come in, the Indians come in… They are our new guests. So if you want the new guest to go first, ask the old guest to go back. If you want the guest to go back.

“and those guests are bringing peace in the community, they are benefit for the family (Malaysia).”



Seperti biasa, media pembenci Islam ini sewenang-wenangnya berbual di luar konteks. Kemudian dimuatkan artikel dengan penulisan seperti itu dengan tajuk yang membuatkan pembaca membacanya dengan nada yang buruk.

Sedangkan jika ditonton seluruh video syarahan bertarikh 8 Ogos 2019 itu, jelas sekali ayat
“So if you want the new guest to go first, ask the old guest to go back. If you want the guest to go back” ialah ayat sinis semata-mata yang ditujukan kepada orang Malaysia yang sering kali mahu beliau dihalau.

Malah perbualan spontan itu diselitkan di dalam tajuk keharmonian Islam yang mana Islam bukanlah tersebar dengan keganasan.

Persoalan, kenapa ayat seterusnya daripada Dr Zakir Naik tidak diambil peduli? Di mana Dr Zakir memuji ‘guest’ yang dimaksudkan dengan istilah,
“and those guests are bringing peace in the community, they are benefit for the family (Warga Malaysia).”



Dr Zakir Naik sebenarnya telah menzahirkan bahawa guest (Cina dan India) di Malaysia sebagai ‘bringing peace’ dan ‘benefits for family’. Adakah itu satu bentuk usiran terhadap orang Cina?

Malah Dr Zakir pula kemudiannya menyambung syarahan dengan menyelitkan pula ayat 25 daripada Surah An Nahl,

“Invite to the Way of your Lord (with wisdom) and fair preaching, and argue with them in a way that is better.”

Dekat mana sebenarnya konteks Dr Zakir Naik yang menghalau kaum Cina dari Malaysia? Lihat, bagaimana media pembenci Islam ini sengaja menaikkan kekeliruan terhadap Dr Zakir Naik.



Semoga para pembaca yang bijaksana tidak mudah terikut dan tertipu dengan media2 sampah ini. Mereka mahu menjatuhkan Islam dengan apa saja cara sekalipun.

– Lajnah Agama Gerakan PENA Malaysia
Artikel ini ditulis oleh pihak ketiga. Harap maklum.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker