Yang hina ATM ahli perniagaan, yang disalahkan Mat Sabu netizen pula.

Yang menghina tentera, ahli perniagaan.

Yang disalahkan Mat Sabu, netizens.

Pelik bin ajaib.

MalaysiaKini melapor:

Beliau turut mengkritik sikap netizen yang hanya melenting apabila kritikan terhadap anggota ATM dibuat seorang jutawan bukan Melayu, namun berdiam diri apabila kritikan terhadap pasukan itu dibuat bekas Ketua Menteri Sabah Harris Salleh.

“Apabila bekas ketua menteri Sabah keluarkan kenyataan minta bekas tentera jadi pengawal keselamatan, manakala tentera wanita elok menjadi amah atau tukang cuci, rakyat tidak melenting. Ia juga merendahkan pasukan tentera.

“Rakyat melenting dan membela pasukan tentera apabila ada jutawan katakan tentera hanya makan dan tidur, serta elok jadi peneroka Felda.

“Saya lihat ada isu perkauman yang dimainkan. Kenapa seorang Islam mengkritik tentera netizen diam, tetapi kenapa bila jutawan ini mereka melenting,” kata Mat Sabu.

Secara am, saya setuju dengan kenyataan Mat Sabu bahawa penghinaan terhadap angkatan tentera tidak patut dijadikan isu perkauman.

Tapi saya tak setuju dengan cubaan Mat Sabu untuk menjadikan ini sebagai isu perkauman dengan menyoal kenapa netizens hanya melenting dengan kenyataan Koon Yew Yin dan kononnya membisu dengan kenyataan bekas ketua menteri Sabah Harris Salleh.

Mat Sabu seperti tak faham atau buat-buat tak faham kenapa.

Netizens marah kerana Koon Yew Yin menuduh tentera hanya tahu makan dan tidur sahaja dan patut menggantikan pekerja asing di ladang (bukan menjadi peneroka FELDA seperti yang putarbelitkan oleh Mat Sabu semalam).

Kenyataan Harris Salleh pada bulan lepas pula ialah dia mahu kerajaan mengkaji semula peranan angkatan tentera dan dengan menggunakan hanya bilangan dan aset yang diperlukan untuk melindungi sempadan negara sementara yang lain boleh digerakkan untuk membantu kerajaan meningkat dan menstabilkan ekonomi kampung luar bandar.
http://www.dailyexpress.com.my/news/137239/kaji-semula-peranan-atm-harris/

Antara cadangan Harris Salleh masa itu ialah supaya tentera boleh menggantikan pekerja asing sebagai pegawai keselamatan di sekolah manakala tentera wanita boleh menolong membersihkan rumah-rumah luar bandar serta menjalankan kursus yang berguna untuk penghuni luar bandar.

Saya juga tidak dapat mencari di mana Harris Salleh kata tentera wanita patut jadi amah seperti diputarbelit Mat Sabu semalam.
http://www.dailyexpress.com.my/news/137210/review-role-of-armed-forces-harris/

Tidak seperti Koon, Harris Salleh tak tuduh askar adalah pembaziran wang cukai rakyat dan hanya tahu tidur dan makan sahaja.

Bila dibanding, sudah tentu kenyataan Harris Salleh tidak begitu kontroversial berbanding penghinaan Koon yang tuduh tentera hanya tahu makan dan tidur sahaja.

Itulah sebab tak ramai Netizens marah terhadap Harris Salleh – termasuk Mat Sabu sebagai Menteri Pertahanan yang turut membisu masa itu.

Mat Sabu, jangan cuba nak putar belit ini menjadi isu perkauman dan nak salahkan netizens pula.

Dari FB Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker