2 helikopter terhempas selepas bertembung ketika raptai di Pangkalan TLDM Lumut (Video)

10 disahkan terkorban

2 helikopter terhempas selepas bertembung ketika raptai di Pangkalan TLDM Lumut

LUMUT – Dua helikopter dilaporkan terhempas selepas bertembung ketika membuat latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini pada Selasa.

Difahamkan dua helikopter terbabit sedang membuat raptai sempena Hari Terbuka Armada TLDM yang dijadual berlangsung pada 3 hingga 5 Mei depan di Pangkalan TLDM Lumut.



Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian berlaku.

Menurutnya, laporan awal memaklumkan terdapat dua mangsa terlibat.

“Setakat ini keadaan mangsa masih belum diketahui, laporan media akan diberikan nanti,” katanya.



MAKLUMAT AWAL KEMALANGAN PESAWAT HELIKOPTER TLDM PADA 23 APRIL 24

1. 0945H – POA Barat terima maklumat daripada Mk Udara memaklumkan terdapat 1 x HOM (M503-3) dan 1 x Fennec (M502-6) telah bertembung semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan HUT TLDM Ke-90.

2. Kedua-dua pesawat telah berlepas dari Padang Sitiawan pada 0903H.

3. Pesawat HOM telah terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut manakala pesawat Fennec terhempas di kolam renang Komplek Sukan TLDM Lumut.



4. BOMBA, 96 HAT dan Protela telah dikejarkan ke tempat kejadian.

5. Mangsa yang terlibat adalah:

a. Pesawat HOM (M503-3) – 7 orang kru:

(1) Kdr Muhammad Firdaus bin Ramli TLDM – PM Skuadron 503.



(2) Lt Kdr Wan Rezaudeen Kamal bin Wan Zainal Abidin TLDM.

(3) Lt Kdr Mohammad Amirulfaris bin Mohamad Marzukhi TLDM.

(4) PW II TLR (AQM) Muhammad Faisol bin Tamadun.

(5) TBC



(6) TBC

(7) TBC

b. Pesawat Fennec (M502-6) – 3 orang kru:

(1) Kdr Muhamad Amir bin Mohamad TLDM – PM Skuadron 502.



(2) Lt Sivasutan a/l Thanjappan TLDM.

(3) PW II TMK Mohd Shahrizan bin Mohd Termizi.

6. Dukacita dimaklumkan kesemua kru kedua-dua pesawat tiada yang terselamat.

7. Sebarang maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
8. Sekian perkara diangkat untuk makluman YBhg Dato’.

CC:
TPA Barat
AKS Op

Terkini

Seramai 10 mangsa terdiri daripada tujuh kru dan tiga penumpang maut, dalam nahas membabitkan pertembungan dua helikopter yang terbabit dalam latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 pagi ini.

Dua helikopter yang terdiri model HOM dan Fennec itu berlepas dari Padang Sitiawan pada jam 9.03 pagi.

Berdasarkan video yang tersebar, kedua-duanya dipercayai bertembung ketika hendak membentuk formasi penerbangan raptai lintas hormat yang dirancang berlangsung di ruang udara Pangkalan TLDM Lumut.

Susulan pertembungan berlaku, kedua-dua pesawat terbabit hilang kawalan sebelum terhempas.

2 helikopter terhempas selepas bertembung ketika raptai di Pangkalan TLDM Lumut

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sheriff pecah rekod, sailang Mat Kilau

Aliff Aziz dengan Sarah Yasmine pulak?

‘Anak ikan’ resah

Sebab Syasya tinggalkan Dolla

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker