Kilang di Kapar larang pekerja Islam bersolat?

Sebuah kilang yang beroperasi di Taman Perindustrian Sungai Kapar, di sini, bertindak melarang pekerja Islam di syarikatnya daripada menunaikan ibadat solat.

Tindakan yang dilihat sengaja mencetuskan suasana tidak harmoni itu dibuat melalui sepucuk memo bertarikh 30 Julai yang kini tular dalam media sosial.

“Pihak pengurusan ingin memaklumkan kepada semua pekerja bahawa tidak dibenarkan pergi solat pada waktu bekerja kecuali pada waktu makan tengah hari sahaja.

“Dengan serta-merta jika didapati melanggar arahan, akan dikenakan denda sebanyak RM500 untuk setiap kali kesalahan,” kata pihak syarikat dalam memo itu. – UTUSAN ONLINE



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker