Bantah Tulisan Jawi & Seni Khat Cerminan “Wajah” Sebenar DAP

Menjelang tahun hadapan 2020 seni khat dan tulisan jawi akan diperkenalkan semula oleh kerajaan melalui dasar yang telah diputuskan oleh kerajaan BN pada tahun 2016. Walau bagaimanapun terdapat bantahan – bantahan oleh golongan cauvanis yang sememangnya tidak senang dengan apa – apa perkembangan yang berkaitan dengan Melayu dan Islam di dalam negara ini walau ianya sekadar sebahagian dari seni budaya Melayu Islam yang merupakan tonggak kepada Negara ini. Bantahan ini boleh dilihat dipelbagai laporan – laporan akhbar arus perdana dan juga media sosial. Inilah wajah sebenar mereka yang sebenarnya sukar disorok.

Malah seramai 138 pemimpin akar umbi DAP, termasuk 13 anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) menggesa anggota kabinet daripada parti itu membantah rancangan kerajaan tersebut Dalam satu kenyataan bersama, kumpulan itu berkata pelajar sekolah vernakular sudah mempelajari “tiga bahasa dan tiga sistem penulisan”.

Seramai 13 orang Adun yang menandatangani kenyataan bersama itu ialah Chow Yu Hui (Tras), Chiong Yoke Kong (Tanah Rata), Chong Zhe Min (Keranji), Lee Chin Chen (Bilut), Tan Hong Pin (Skudai), Ee Chin Li (Tangkak), Cheo Yee How (Perling), Yeo Tung Siong (Pekan Nenas), Ng Yak Howe (Bentayan), Chew Peck Choo (Yong Peng), Cheah Pou Hian (Jelapang) dan Leong Yu Man (Triang).

Hakikatnya mereka tahu bahawa Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan Khamis lalu menjelaskan pengenalan tulisan khat adalah untuk memupuk gaya penulisan yang indah. Kementerian itu menegaskan perkara itu tidak berkaitan dengan tulisan Jawi dan pelajar tidak dinilai di dalam peperiksaan.



Malah DAP menuduh tindakan ini hanya akan mengulangi kesilapan MCA walaupun hakikatnya MCA memahami tujuan dan objektif murni dasar berkenaan.

Sedarlah dan bangkitlah wahai rakyat, kita terima dan simpan ini sebagai peringatan pada PRU akan datang.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker