Azmin Dihujung Tanduk, PKR Tidak Akan Campur Tangan

KUALA LUMPUR 17 Julai – Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan PKR Pusat tidak akan campur tangan berhubung siasatan pihak berkuasa susulan penahanan seorang pemimpin partinya di peringkat negeri melibatkan kes penyebaran video lucah membabitkan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz.

Tegas beliau, sebarang tindakan perlembagaan parti juga akan diambil selepas tindakan undang-undang telah diputuskan pihak berkuasa tersebut.

“Saya menyeru supaya ruang yang sewajarnya diberikan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan yang telus dan adil yang merangkumi dua persoalan penting iaitu kesahihan video yang disebarkan dengan mengenal pasti pelaku di dalam video selaras dengan siasatan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

“Selain itu, siasatan ini juga perlu meneliti aspek kesalahan menyebarkan video lucah selaras dengan siasatan di bawah Seksyen 292(A) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Multimedia dan Komunikasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Semalam, Pengerusi PKR Perak antara tiga ditahan berhubung kes pembikinan dan penyebaran video lucah membabitkan Haziq Abdullah dengan individu didakwa sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Pemimpin politik negeri berusia 37 tahun itu ditahan bersama dua rakannya oleh pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, di sebuah rumah teres di Pasir Gudang, Johor. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker