Tular Terkedek-kedek Seperti Penguin Selepas Jalani Calitan Dubur 🤣

BEIJING – Pihak berkuasa China memberi jaminan kepada rakyat negara itu bahawa mereka tidak akan berjalan terkedek-kedek seperti penguin selepas menjalani ujian Covid-19 menerusi kaedah calitan dubur.

Tindakan tersebut diambil pihak berkuasa ekoran tular video orang ramai  yang menjalani  ujian berkenaan berjalan terkedek-kedek di premis kesihatan.



Klip video mengenainya  yang dikatakan dirakam di bandar Shijiazhuang dalam wilayah Hebei, utara  China baru-baru ini menjadi tular di internet. .

Rakaman itu mencatat berjuta-juta tontonan di berbilang platform media sosial di China sebelum ditapis pemerintah.

Akhbar tempatan, Global Times melaporkan badan kawal selia Internet Shijiazhuang menyatakan bahawa video tular  itu sebenarnya telah disunting, manakala pihak berkuasa  memberi jaminan orang ramai tidak akan berjalan seperti penguin selepas menjalani calitan dubur.



Menurutnya, spesimen yang diambil di lokasi terbabit pula hanya melibatkan kaedah calitan oral atau hidung sahaja.

Dalam pada itu, pengguna media sosial Weibo memberikan pelbagai reaksi terhadap isu tersebut.

“Saya sudah menjalani dua calitan dubur, setiap kali saya lakukannya, ia diteruskan dengan calitan di tekak pula. Saya bimbang jururawat yang melakukannya terlupa untuk menggunakan kayu calitan baharu,” kata  seorang pengguna Weibo.

Seorang lagi pengguna secara berseloroh berkata: “Tidak berbahaya, tetapi amat memalukan.” – Agensi



Gaduh Punya Pasal. Banduan Masukkan Botol Budu Ke Dubur Mangsa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker