Kenyataan Media UPM: Tatakelakuan Yang Tidak Mencerminkan Sahsiah dan Etika Warga UPM

Tular baru-baru ini di laman sosial Twitter mengenai seorang wanita yang merupakan doktor di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) telah bertengkar dengan dua orang lelaki di jalan raya berdekatan hospital tersebut.

Menerusi video yang dirakam menggunakan dashcam, pada mulanya kereta si perakam berada di jalan utama sebelum doktor itu membuat pusingan U dari arah bertentangan.

Sejurus selepas itu, si perakam pantas membunyikan hon kepada doktor berkenaan kerana keretanya dikatakan telah memakan jalan utama.

Akibat tidak berpuas hati, doktor itu bertindak membunyikan hon berulang kali dan mengejar kereta si perakam sehingga tiba di lampu isyarat.

Apa yang lebih mencuri perhatian ramai adalah apabila doktor itu berhenti di sebelah kereta si perakam dan mengeluarkan kata-kata kesat dengan nada yang tinggi. Malah dia dikatakan telah mendoakan si perakam supaya mendapat penyakit Covid-19.

Aksi ini telah mendapat maklumbalas UPM sehinggakan universiti tersebut telah mengeluarkan kenyataan meida berhubung isu tersebut. Berikut adalah kenyataan media berkenaan

 

 

[VIDEO] Kena Hon Punya Pasal..Tular Doktor Maki Dan Doakan Orang Awam Supaya Dijangkiti Covid-19

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker