Tular Terkedek-kedek Seperti Penguin Selepas Jalani Calitan Dubur šŸ¤£

BEIJING ā€“ Pihak berkuasa China memberi jaminan kepada rakyat negara itu bahawa mereka tidak akan berjalan terkedek-kedek seperti penguin selepas menjalani ujian Covid-19 menerusi kaedah calitan dubur.

Tindakan tersebut diambil pihak berkuasa ekoran tular video orang ramaiĀ  yang menjalaniĀ  ujian berkenaan berjalan terkedek-kedek di premis kesihatan.

Klip video mengenainyaĀ  yang dikatakan dirakam di bandar Shijiazhuang dalam wilayah Hebei, utaraĀ  China baru-baru ini menjadi tular di internet. .

Rakaman itu mencatat berjuta-juta tontonan di berbilang platform media sosial di China sebelum ditapis pemerintah.

Akhbar tempatan, Global Times melaporkan badan kawal selia Internet Shijiazhuang menyatakan bahawa video tularĀ  itu sebenarnya telah disunting, manakala pihak berkuasaĀ  memberi jaminan orang ramai tidak akan berjalan seperti penguin selepas menjalani calitan dubur.

Menurutnya, spesimen yang diambil di lokasi terbabit pula hanya melibatkan kaedah calitan oral atau hidung sahaja.

Dalam pada itu, pengguna media sosial Weibo memberikan pelbagai reaksi terhadap isu tersebut.

ā€œSaya sudah menjalani dua calitan dubur, setiap kali saya lakukannya, ia diteruskan dengan calitan di tekak pula. Saya bimbang jururawat yang melakukannya terlupa untuk menggunakan kayu calitan baharu,ā€ kataĀ  seorang pengguna Weibo.

Seorang lagi pengguna secara berseloroh berkata: ā€œTidak berbahaya, tetapi amat memalukan.ā€ ā€“ Agensi

Gaduh Punya Pasal. Banduan Masukkan Botol Budu Ke Dubur Mangsa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker