Datuk Jamali Shadat sering pesan simpan duit untuk hari tua – Abon

Pelawak veteran, Allahyarham Datuk Jamali Shadat sentiasa dikenang sebagai seniman yang sentiasa berpandangan jauh ke hadapan berbanding yang lain.

Menurut pelakon dan pelawak terkenal, Shahrizan Ahmad atau Abon, selain itu Allahyarham juga dianggap sebagai guru kepada penggiat seni yang lain.

Abon mengimbau sikap Allahyarham yang katanya sentiasa mempunyai perancangan kewangan yang baik untuk hidupnya.



“Saya banyak belajar daripada Allahyarham, kalau masa penggambaran kami ada beberapa kali bersembang, kata dia kita bila zaman kegemilangan ini kena banyak menyimpan dan berjimat. Saya tahu dia sendiri mempunyai hampir 10 rumah sewa di Pulau Indah (Klang) itu.

“Allahyarham berjaya mengumpul harta dan membina karier, bila kita lihat macam itu kita pun ‘berakit-rakit, berdikit-dikit’ menyimpan, sehingga saya berjaya ada tanah dan buat rumah hasil simpanan saya sebagai anak seni,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.



Selain mempunyai album nyanyian, lawak-lawak Allahyarham juga direkodkan dalam bentuk piring hitam sehingga ada peminat yang menjadikan sebagai koleksi.“
Apa yang saya lihat Allahyarham mempunyai bakat luar biasa, dia merupakan seorang pelawak stand up komedi dengan pelbagai idea bercerita yang mempunyai mesej tersurat dan tersirat, dan watak Atan yang dibawa juga dibawa bersama suara kanak-kanak itu.“
Pada 1980an, Jamali Shadat jadi persaingan hebat semasa itu kepada artis-artis sezamannya, kerana biasa album nyanyian orang rekod, Jamali Shadat menghasilkan rekod album lawaknya dalam piring hitam, dan ada yang mengumpul siri stand-up komedinya,” cerita Abon.
Allhayarham Jamali Shadat, meninggal dunia pada usia 78 tahun sekitar jam 8:15 pagi Rabu di kediamannya di Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah Pelabuhan Klang.
Perkara berkenaan disahkan oleh anak Allharyarham, Fauzi Jamali.

[VIDEO] Pelakon Watak Atan & Atok Pak Jamali Shadat Uzur Tidak Mampu Makan Dan Minum

 



 

 

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker