[VIDEO] Pelakon Watak Atan & Atok Pak Jamali Shadat Uzur Tidak Mampu Makan Dan Minum



Sebaran :

Pelawak veteran, Datuk Jamali Shadat, 78, semakin uzur dan kurang selera makan.

Anak bintang veteran itu, Fauzi, 48, memberitahu, sejak dua bulan lalu, bapanya perlu disuap setiap kali makan.

Jamali yang cukup dikenali dengan kebolehan melakonkan watak kanak-kanak bernama ‘Atan’ sejak era 1980-an, tidak lagi mampu makan dan minum sendiri.



Sebaliknya, beliau lebih banyak bergantung kepada ‘drip’ iaitu memasukkan air ke dalam tubuh bagi mengelak dehidrasi atau kekurangan air dalam badan.

Anak Jamali, Fauzi mengaku bapanya murung sejak pemergian arwah ibu pada 2018. Foto Ihsan Fauzi Jamali
Anak Jamali, Fauzi mengaku bapanya murung sejak pemergian arwah ibu pada 2018. Foto Ihsan Fauzi Jamali

“Jika diikutkan, dahulu, bapa boleh menikmati juadah dengan sendiri di meja makan. Sekarang, kebanyakan masa, bapa hanya terbaring di katil,” katanya kepada BH Online.

Sejak pemergian isteri, Allahyarham Lela Yacob akibat serangan angin ahmar pada Jun 2018, Jamali yang dilahirkan di Bukit Kapar, Klang, bagai hilang semangat.



Beliau banyak berdiam dan bergantung kepada anak, menantu dan cucu untuk menguruskan diri.

Ketika ini, Jamali menetap bersama Fauzi di Pulau Indah bersama menantu dan lima anak mereka.

“Sejak emak tiada, bapa sangat ‘down’, muram dan selalu termenung.



“Bapa pun kurang berjalan. Hendak bergerak dalam rumah termasuk ke tandas, perlu dipimpin. Dahulu, bapa boleh bergerak termasuk menggunakan kerusi roda,” katanya.

Fauzi berkata, bapanya mendapatkan rawatan di klinik berdekatan tiga bulan sekali.

“Bulan hadapan tiba waktunya untuk kami bawa bapa ke klinik. Pemeriksaan dibuat merangkumi darah tinggi, kencing manis dan tahap kolestrol.



“Setakat ini, doktor beritahu bapa okay dan boleh mengikut rutin pemeriksaan di klinik seperti biasa,: katanya.

Tambah Fauzi, ingatan bapanya makin merosot dan ‘berat mulut’ untuk bercakap.

“Sekarang hendak bercakap agak sukar. Mulut bapa seperti terkumat-kamit, tapi suara tidak keluar,” katanya.



Fauzi berkata, tahun lalu, beberapa teman artis, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan artis menghulurkan bantuan.

“Cuma sekarang, dengan keadaan pandemik COVID-19, kita faham ada kekangan. Kalau ada yang sudi membantu, kami terima dengan lapang dada.

“Apa yang lebih utama, bapa akan terus kuat dan kembali sihat,” katanya.



Jamali mempunyai lapan anak dan 39 cucu.

VIDEO:-

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=ozs5thXKuv8[/embedyt]



[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=QKdATVi4uX0[/embedyt]


Sebaran :


Leave a Reply