Al-Fatihah: Pelawak Veteran Datuk Jamali Shadat Meninggal Dunia

Pelawak ‘stand up’ komedi popular, Datuk Jamali Shadat, 78, meninggal dunia, 8.15 pagi, hari ini.

Perkara ini dimaklumkan oleh cucunya Isyraq Ariff Zalull Ariff, 31, kepada Harian Metro.

Menurut anaknya Fauzi dia menyedari pemergian bapanya selepas isterinya, Siti Zabedah Sood, 38, mahu mengejutkan bapanya untuk makan sarapan.

“Saya menyedari mengenai kematian dia bila isteri saya mahu mengejutkan ayah untuk makan sarapan tapi bila dia tak  sedarkan diri terus saya hubungi klinik berdekatan.

“Doktor kemudian mengesahkan ayah sudah meninggal dunia pukul 8.15 pagi tadi,” katanya

Fauzi turut mengatakan Allahyarham bapanya tidak menunjukkan sebarang perubahan cuma selera makannya berkurangan pada malam Selasa.

“Ayah tiada apa-apa perubahan cuma semalam bila isteri saya suapkan makanan, dia hanya makan tiga empat sudu sahaja, kalau tidak sebelum ini dia berselera makan macam biasa,” katanya.

Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Pinang, Pelabuhan Klang, selepas solat Zohor.

“Doktor sudah mengesahkan datuk sudah tiada. Urusan proses pengebumian akan dimaklumkan kemudian,” katanya.

Terdahulu, keadaan Jamali uzur apabila tidak mampu berjalan dan kurang selera makan.

Jamali amat terkesan dengan kematian isterinya, Lela Yacob akibat serangan angin ahmar pada Jun 2018, sehingga membuatkan dia kemurungan.

Allahyarham isterinya meninggal pada hari pertama Syawal selepas sebulan terlantar di hospital.

Sebelum itu, Jamali diserang angin ahmar dan dijaga oleh isterinya sehingga pulih.

“Arwah nenek buat rumah di Pulau Indah, Klang ini dan rancang nak tinggal dengan datuk.

“Apabila rumah siap, nenek meninggal dan hanya jasadnya dibawa balik ke situ,” kata Isyraq.

Apa yang berlaku membuatkan Jamali amat terkesan kerana segala jadual aktiviti seni dan kehidupannya sebelum ini diuruskan oleh isterinya.

“Selepas itu… dia macam termenung dan khayal. Rumahnya bersebelahan dengan rumah bapa saudara saya, Fauzi dan mereka menjaganya,” kata Isyraq lagi.

Jamali yang dilahirkan di Bukit Kapar, Klang, Selangor, mempunyai lapan anak dan 39 cucu.

Pada zaman kegemilangannya pada 1980-an, pelawak legenda ini cukup dikenali dengan kebolehan melakonkan watak kanak-kanak bernama ‘Atan’ bersama Atuknya serta rakan berbilang kaum.

[VIDEO] Pelakon Watak Atan & Atok Pak Jamali Shadat Uzur Tidak Mampu Makan Dan Minum

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker