Sandakan bukan kali pertama – Haziq Aziz

Individu dalam video intim bersama seorang lelaki didakwa mirip menteri Kabinet mendedahkan kejadian di sebuah bilik hotel di Sandakan bukanlah pertama kali, malah telah berlaku sejak tiga tahun lalu.

Haziq Abdul Aziz mendakwa Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah menjemputnya datang ke bilik hotel Ahli Parlimen Gombak itu buat kali pertama di Hotel Grand Continental Kuching, tiga tahun lalu dan berlarutan sehingga ke Sandakan.

Sambil meluahkan kekecewaan kepada Mohamed Azmin yang memilih untuk tidak mengakui kesalahan yang dilakukan, Haziq juga menggelarkan Mohamed Azmin sebagai ‘lelaki sakit’ yang tergamak merakamkan video aksi ranjang mereka.

“Kali pertama semasa di Grand Continental Kuching, tiga tahun lalu, selepas itu di Pullman Kuching sewaktu pemilihan PKR, Oktober tahun lalu. Kami melakukannya sekali lagi di Grand Hyatt Kuala Lumpur ketika anda (Mohamed Azmin) bertugas sebagai Menteri Pengiring kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Mac lalu dan terbaharu di Sandakan.



“Saya tahu anda adalah seorang lelaki yang sakit kerana sanggup merakamkan video untuk koleksi peribadi selepas menjemput saya ke bilik hotel,” dakwanya menerusi catatan dalam akaun Facebook miliknya hari ini.

Selepas 24 jam digemparkan penularan video rakaman dua lelaki berbogel sedang intim di atas katil, Haziq yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, semalam tampil membuat pengakuan dia adalah lelaki dalam aksi seks itu bersama seseorang yang didakwa Mohamed Azmin.

Mohamed Azmin kemudiannya menafikan sekeras-kerasnya penglibatannya dalam video itu dan menyifatkan sebagai satu tuduhan jahat serta kejam.

Timbalan Presiden PKR itu juga menegaskan siri fitnah itu adalah komplot jahat untuk mencemarkan reputasi dan keperibadian serta menjatuhkan dan memusnahkan karier politiknya. – UTUSAN ONLINE



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker