Zahid ajak umat Islam bersyukur, insaf

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengajak seluruh umat Islam di negara ini menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan penuh rasa syukur dan keinsafan.

Beliau berkata, rakyat Malaysia bertuah kerana dapat menyambut perayaan ini dalam suasana aman damai berbanding mereka yang menyambut dalam suasana perang serta ketakutan.

Katanya, walaupun rakyat Malaysia berasa sedikit kesukaran pada waktu ini, namun tetap bertuah jika dibandingkan dengan rakyat di negara lain.

Berikut merupakan kenyataan penuh beliau:



Alhamdulillah, kita semua dapat menyambut Hari Raya Aidilditri 2019 bersamaan 1 Syawal 1440 Hijrah, dalam suasana aman dan damai.

Marilah kita sambut hari kemenangan ini dengan penuh rasa syukur dan insaf, di samping merapatkan silaturrahim sesama kita umat Islam Malaysia.

Berbanding mereka yang kurang bernasib baik dan menyambutnya dalam keadaan perang dan ketakutan, rakyat Malaysia masih bertuah biarpun ada yang berasa sedikit kesukaran.

Di kesempatan ini, saya ucapkan Selamat Aidilfitri kepada semua, maaf zahir dan batin.



Bagi mereka yang memandu terutama hendak balik ke kampung, biarlah sampai ke tempat dituju dengan selamat.-UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker