Kenapa PH tidak ada secebis simpati terhadap kebajikan peneroka?

Share


Sedih melihat peneroka hari ini perlu merayu.

Merayu pada Teresa Kok untuk naikkan harga sawit.

Merayu pada Lim Guan Eng untuk berikan duit raya.

Mazlan Aliman yang berada dalam kepimpinan kerajaan PH kini nak tulis surat kepada kerajaan PH.

PH tulis surat kepada PH.

PH merayu pada PH.

Skrip drama apa ini?

Tiada keikhlasan untuk benar-benar memahami dan membantu peneroka.

Ya, kita tidak lupa.

PH janji mansuh hutang dan janji nak beri pelbagai insentif.

Tapi PH mansuh insentif dan naikkan hutang lagi.

Cakap tak serupa bikin.

Ada siapa di sini masih ingat lagi manifesto BN dan rekod kita selama ini?

Kami ada perancangan berikan insentif khas RM5,000 selain geran khas kepada setiap peneroka.

Kami ada berikan dividen dan duit raya setiap tahun kerana kami tahu kesusahan dan keperluan peneroka.

Kami juga sudah bersedia melupuskan hutang-hutang para peneroka.

Kesemua ini dalam manifesto BN.

Berdasarkan rekod pencapaian kita selama ini, apa yang kami janji kami mampu berikan.

Kenapa PH tidak ikut dan teruskan sahaja apa yang telah kami bina secara kukuh dahulu?

Kenapa PH tidak ada secebis simpati terhadap kebajikan peneroka?

Kenapa PH begitu angkuh dan zalim selepas berkuasa?



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *