Buat apa malu-malu nak ambil gaji

Buat apa malu-malu nak ambil gaji

Pelantikan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan dianggap sebagai sesuatu yang luar biasa kerana tidak pernah dilakukan mana-mana Perdana Menteri sebelum ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, timbul pelbagai persoalan dalam pelantikan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kerana ia membabitkan pelantikan pegawai yang berkhidmat kepada kerajaan tanpa mendapat bayaran.



Jelasnya, tindakan itu dibimbangi akan dijadikan penanda aras kepada pemimpin politik lain dalam melantik ahli keluarga terdekat menjawat jawatan penting dalam kerajaan selepas ini.

“Amalan ini tidak pernah dilakukan selama ini, ia nampak luar biasa. Saya tak tahu sama ada perkara ini akan dijadikan penanda aras kepada semua orang politik untuk anak mereka boleh terbabit dalam kerajaan tanpa ambil gaji.

“Kalau dia (Nurul Izzah) tak ambil gaji, perjawatan dia macam khidmat sosial pula, lebih baik dia pergi buat kerja badan bukan kerajaan (NGO). Kerja NGO tak dapat bayaran.

“Tetapi dia kerja untuk menasihati polisi kerajaan, jaga perolehan, nak memastikan tender diurus dengan betul. Itu kerja pegawai kerajaan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina di sini, malam tadi.



Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi turut mempertikai, adakah boleh seseorang yang dilantik ke jawatan kanan di Kementerian Kewangan tidak mengambil bayaran mengikut yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan.

Katanya, setiap perkhidmatan kepada kerajaan sepatutnya mempunyai bayaran gaji dan elaun tertentu bagi memastikan ia tertakluk mengikut ikatan undang-undang.

“Saya rasa tak ada perjawatan macam itu, perjawatan itu apabila buat perkhidmatan maka ada bayaran. Kalau perkhidmatan diberi, bayaran tak ada maka itu bukan pekerjaan.

“Setiap pegawai kerajaan yang dilantik dalam skim perkhidmatan perlu ada skim saraan, setiap pegawai ada ikatan undang-undang supaya setiap kerja dan pandangannya tertakluk kepada undang-undang serta berkuatkuasa kepada kerajaan.



“Kita sebenarnya sudah ada Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) dan bahagian audit untuk buat semua urusan itu, tak perlu tambah lagi jawatan. Tetapi kalau dia (Nurul Izzah) nak kerja kena ada skim saraan, buat apa dia nak malu-malu ambil gaji,” katanya.

Sebelum ini, Nurul Izzah mendedahkan beliau dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri berkuatkuasa 3 Januari lalu.

Berikutan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, anaknya itu tidak akan menerima sebarang elaun atas khidmatnya selepas beliau sendiri mempelawa Nurul Izzah membantunya sebagai penasihat di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan. HM

Buat apa malu-malu nak ambil gaji



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Azhar Sulaiman guna gelaran ‘mami’ dilabel pondan (Video)



Roh pencuri belum sampai, jasad telah sampai di balai polis [VIDEO]

Pengurus bank ‘kantoi’ simpan video lucah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker