Hutang Negara Meningkat: Mahu Percaya Menteri Kewayangan atau Bank Negara?

Guan Eng nak nafikan lagi?

Hari ini, BNM telah update data mereka selepas mengumumkan kadar pertumbuhan KDNK untuk suku pertama tahun 2019.

Data baru ini MEMBUKTIKAN hutang rasmi negara telah naik ke RM776 bilion pada akhir bulan Mac 2019 (suku pertama) berbanding RM741 bilion pada akhir Disember 2018.

Ini bermakna, Menteri Kewayangan telah pinjam RM35 bilion dalam tempoh 3 bulan ini.



Iaitu purata RM11.7 bilion dipinjam setiap bulan.

Pada akhir tahun 2017 masa BN, hutang rasmi adalah RM686.8 bilion.

Bukan itu saja.

Data BNM juga menunjukkan bahawa nisbah hutang ke KDNK juga telah naik dari 50.1% semasa PRU14 kepada 53.7% pada suku pertama 2019 ini.



BNM telah jelas membuktikan bahawa PM ke-7 dan Menteri Kewayangan telah berbohong bahawa nisbah hutang dan jumlah hutang telah turun.

Perlu ingat juga bahawa kerajaan PH telah meminjam lagi pada bulan April dan Mei.

Oleh itu, hutang negara terus naik.

Tetapi, kerajaan PH masih malu untuk menunjukkan nilai terbaru untuk jaminan hutang oleh kerajaan (Debt guaranteed by Federal Government).



Guan Eng dan Tony Pua sering kritik kerajaan BN dahulu tentang jaminan hutang ini.

Dia kata ini sebenarnya adalah “hutang tersembunyi” ataupun hidden debts.

Saya amat pasti jumlah ini juga telah naik dengan tinggi.

Kita semua nak tahu berapakah lagi hutang yang Guan Eng “sembunyikan” tapi BNM masih tak dedahkan.



#MaluApaBossKu

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=statistic_nsdp&uc=2

By: Najib Razak (Facebook)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker