Prestasi Menteri Kewayangan: Perbandingan Untuk Si ‘Buta’ dan ‘Pekak’

Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak

Semalam saya buat posting tentang hutang negara terus naik setelah Menteri Kewayangan pinjam RM4 bilion lagi minggu itu.

Posting itu tular dan disiarkan oleh beberapa media perniagaan dan media Cina.

Tony Pua dan bossnya mungkin kepanasan membaca itu.

Oleh itu, Pua keluarkan kenyataan rasmi hari ini untuk serang saya.

Pua dakwa saya adalah Menteri Kewangan paling teruk di Asia.

Pua berdasarkan itu dengan merujuk SATU ARTIKEL sahaja pada tahun 2016.

Artike itu adalah dari sebuah portal kecil atas talian di Hong Kong bernama “FinanceAsia”.

Artikel itu kata saya paling teruk di Asia kerana saya terletak di tempat 12 daripada senarai 12 orang menteri kewangan sahaja yang diambil kira dalam artikel tahun 2016 itu.

Sedangkan rantau Asia ada 48 negara – bukan 12.

Portal itu juga pernah memberi saya ranking nombor 8 dari 12 pada tahun 2015.

Portal itu bukan Forbes, Fortune, CNN atau Bank Dunia tapi satu portal di Hong Kong.

Kalau nak tonton video dari CNN, boleh klik sini:

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=sgIB_ciF_Yk[/embedyt]

Tapi kenyataan akhbar Tony Pua hari ini telah mengesahkan bahawa defisit negara sekarang adalah lebih tinggi dari masa BN.

Sekaligus, dia mengesahkan bahawa semua maklumat yang saya keluarkan tentang kenaikkan hutang kerajaan PH adalah sahih,

Maka hutang rasmi negara hari ini disahkan sudah naik ke RM781.4 bilion berbanding RM686 bilion pada akhir 2017 di bawah BN.

Pinjam lagi RM18.6 bilion, kita cecah hutang RM800 bilion dengan rasminya.

Tony Pua juga bertanya dalam kenyataan dia:

“Takkanlah sebagai seorang yang pernah memegang jawatan Menteri Kewanga melebihi satu dekad tidak tahu bahawa penerbitan bon setiap bulan oleh Bank Negara Malaysia adalah satu tindakan yang biasa selama ini untuk membiayai defisit belanjawan negara?”

Jawapan saya simple:

Of course saya tahu.

Tapi isu pokoknya ialah:
– defisit kerajaan PH adalah lebih besar dari masa BN;
– pinjaman kerajaan PH melalui penerbitan bon adalah jauh lebih besar dan kerap berbanding masa BN;
– hutang negara masa PH meningkat dengan kadar jauh lebih cepat berbanding masa BN.
– hutang negara semakin dekat dengan impian PH RM1 trilion.

Oleh itu juga, hutang negara telah meningkat – dan bukan menurun seperti yang boss Tony cuba menipu rakyat.

Itulah isu pokok yang saya sampaikan.

Faham atau tidak?

Last-last Tony Pua sebut hutang 1MDB lagi.

(Kenyataan media DAP wajib sebut “1MDB”. Kalau tidak mungkin kena pecat dari parti)

Tapi tak disebutkan pula oleh Tony adalah projek 1MDB Bandar Malaysia bernilai RM140 bilion dan projek TRX bernilai RM40 bilion yang kerajaan PH sendiri sebut adalah sangat menguntungkan dan antara aset terbaik negara.

NOTA: Hari ini kerajaan PH mengumumkan kadar pertumbuhan KDNK Malaysia untuk suku pertama ialah 4.5% – iaitu di bawah unjuran 4.9% mereka untuk tahun 2019.

Sila rujuk graf di bawah yang membandingkan prestasi Menteri Kewangan paling teruk dalam Asia dengan Menteri Kewayangan paling suci dalam dunia.

By: Najib Razak (Facebook)

Beza Menteri Kewangan PN dengan Menteri Kewayangan PH, Bagai Langit Dengan Bumi!

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker