Harga getah jatuh, IPG bulan April diaktifkan

Insentif Pengeluaran Getah (IPG) diaktifkan selepas harga purata peringkat lading bagi cuplump jatuh ke paras RM2.35 sekilogram bagi semenanjung dan RM2.05 (Sabah) serta RM2.15 sekilogram (Sarawak) pada April lalu.

Dengan itu, Lembaga Getah Malaysia memberitahu, bayaran bagi IPG teraktif April 2019 adalah sebanyak 15 sekilogram untuk pekebun di semenanjung, 45 sen sekilogram (Sabah) dan 35 sen (Sarawak).

“Pekebun kecil boleh membuat tuntutan IPG berdasarkan kepada pengeluaran bulan April 2019 mulai 1 Mei 2019 hingga 31 Mei 2019,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sejak Januari lalu, IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan SMR 20 FOB berada di paras RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang (farmgate) berada di paras RM2.50 sekilogram ke bawah.- MalaysiaGazette



Tiada bantuan Aidilfitri untuk pekebun kecil Risda, kata Azmin
Hasrat pekebun kecil getah untuk dapat bantuan Aidilfitri di bulan Ramadan tidak kesampaian apabila Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali berkata tiada bantuan diberikan kerana harga komoditi itu sudah stabil. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Mei, 2019.

PEKEBUN kecil getah tidak akan menerima bantuan Hari Raya Aidilfitri kerana harga komoditi itu sudahpun stabil, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali.

Laporan Utusan Malaysia memetik Azmin sebagai berkata, harga purata Getah Standard Malaysia 20 (SMR 20) kini berada pada paras stabil iaitu mencecah lebih RM6.15 sekilogram.
MalaysiaInsight



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker