Ahli Parlimen PKR dilapor laku gangguan seks

Seorang anggota Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang bekas bendahari cabang parti itu di Perak dipercayai membuat laporan polis kerana menerima gangguan seksual ke atas satu sama lain baru-baru ini.

Memetik laporan Malaysiakini, dalam laporan polis itu, wanita berkenaan mendakwa menerima gangguan seksual daripada anggota Parlimen PKR berkenaan sejak Disember tahun lalu, manakala wakil rakyat itu pula membuat laporan polis mengenai trauma dan gangguan jiwa terhadapnya.

Namun portal berita Malaysiakini tidak menyiarkan nama ahli Parlimen itu sementara menunggu ulasan daripada anggota Parlimen dan kepimpinan parti tersebut.

Menurut sumber parti, bekas bendahari itu yang juga adalah seorang peguam di Puchong membuat laporan polis pada 16 Mei lalu manakala ahli Parlimen PKR itu membuat laporan pada 4 Mei.

“Bekas bendahari cabang parti itu mendakwa dia menerima gangguan seksual setelah bekerja dengan ahli Parlimen tersebut selepas pilihan raya umum ke-14 lalu.

“Masalah atau gangguan seksual itu kemudian mula menjadi-jadi apabila lelaki itu menghantar teks ‘I love you sayang’,” kata wanita tersebut.

Dalam laporan polis ahli Parlimen itu yang bertarikh 4 Mei lalu, dia mendakwa bahawa wanita berkenaan membuat banyak panggilan telefon kepadanya sehingga dirinya mengalami trauma dan gangguan jiwa.

“Saya tidak dapat tahan dengan wanita tersebut yang menganggu saya sehingga mengalami trauma dan gangguan jiwa,” kata ahli Parlimen itu.

Wakil rakyat PKR itu walau bagaimanapun, tidak memperincikan mengenai trauma dan gangguan jiwa berkenaan daripada wanita yang sudah bersuami itu.

Bagaimanapun pada akhir tahun lalu tambahnya, selepas mengadu kepada suaminya berkenaan tindakan ahli Parlimen tersebut pada masa yang sama turut meletak jawatannya sebagai bendahari cabang.

Jelasnya lagi, kedua-dua pihak bersetuju untuk bersemuka dan menyelesaikan masalah berkenaan.

“Dia berjumpa saya dengan suami saya sambil memohon maaf dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan sedemikian.

“Namun, ini tidak berakhir tetapi saya terus menerima mesej dan gambar-gambar lucah. Selain itu, dia buat pula panggilan video dan menunjukkan buku ‘kamasutra’,” kata wanita itu merujuk buku kuno India yang menceritakan mengenai seksualiti dan erotika. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker