Anak Muda Perlukan Peluang Pekerjaan, Gaji Minima Yang Dijanjikan… Bukan K-pop

Share


Exco Pemuda UMNO Malaysia, Shahrul Nasrun Kamarudin menggesa Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman lebih fokus dan memberi keutamaan terhadap permasalahan yang dihadapi golongan muda negara sekarang ini.

Tegasnya, golongan belia kini amat mengharapkan peluang pekerjaan dan gaji minima sebagaimana yang dijanjikan dalam Manifesto Pakatan Harapan (PH) dapat ditunaikan berbanding dengan tawaran hiburan daripada kumpulan penyanyi dari Korea Selatan.

“Tapi Menteri KBS sibuk nak bawa artis K-pop popular ke Malaysia. Mungkin kehadiran BTS bakal selesaikan permasalahan golongan belia di Malaysia.

“Inilah padah bila budak-budak yang merupakan peminat K-Pop diminta untuk buat kerja orang dewasa,” bidasnya dalam catatan di Facebooknya.

Justeru, Shahrul dengan sinis terharu apabila mendapat tahu Syed Saddiq kini sedang bertungkus-lumus untuk membawa kumpulan K-Pop BTS ke Malaysia.

Menurut Syed Saddiq, beliau akan memastikan impian ‘BTS Army’ tercapai bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020 dan sempena setahun PH terajui negara.

Selain itu KBS juga komited untuk menjadikan Perbadanan Stadium Malaysia sebagai sebuah hab industri hiburan negara dan bakal memberi pulangan lumayan. – MediaUMNO.

Umno Online


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *