DUN boleh tolak orang pilihan sultan – Mahathir

Share


Dr Mahathir Mohamad bertegas raja tiada kuasa mutlak dalam pelantikan menteri besar atau perdana menteri, 2 hari selepas jemaah exco Johor yang baru baru mengangkat sumpah di sebalik perdebatan mengenai kuasa sultan.

Beliau menjelaskan Perlembagaan Persekutuan secara jelas memberikan kuasa kepada parti yang menang pilihan raya, yang akan menamakan perdana menteri, menteri besar dan ketua menteri, yang kemudian akan dipersetujui raja-raja.

“Sekiranya raja berperlembagaan tidak mahu sokong dan mencadangkan calon tersendiri dan menyokong orang itu, parti yang menang boleh menolak orang itu dalam Dewan Undangan Negeri menerusi undi tidak percaya,” katanya di blog hari ini.

Pada Isnin, 10 exco Johor mengangkat sumpah di depan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, selepas pertelagahan dengan istana mengenai siapa yang ada kuasa dalam urusan pentadbiran negeri, termasuk pelantikan menteri besar.

Sumber yang boleh dipercayai memberitahu FMT bahawa barisan exco baru itu tidak pernah mendapat kelulusan pimpinan PPBM.

Juga difahamkan rombakan jemaah exco itu atas permintaan sultan.

Exco-exco Johor mengangkat sumpah di Istana Bukit Serene pada 22 April. (Gambar Johor Royal Press Office)
Sultan pernah memberi amaran kepada “orang luar” jangan mencampuri urusan pentadbiran negeri, mengatakan kerajaan Johor mempunyai adat dan cara pemerintahan tersendiri.

Mahathir sebelum ini berkata perlembagaan negeri mesti seiring dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam Perlembagaan ini, kita telah nyatakan Persekutuan Tanah Melayu dan negeri-negeri dalam persekutuan ini mengamalkan sistem raja berperlembagaan.

“Bukan raja berkuasa mutlak. Kalau ianya masih ada dalam undang-undang perlembagaan Johor, itu terbatal dan Johor juga bersetuju dengan sistem pemerintahan dalam negara kita ini,” katanya pada 10 April.

Mahathir hari ini menulis perlembagaan yang wujud sebelum Perlembagaan Persekutuan dirangka untuk Tanah Melayu kini tidak lagi terpakai.

“Perlembagaan Johor dan Terengganu yang diisytiharkan lebih awal dibatalkan oleh perlembagaan baru yang diterima oleh semua negeri-negeri Malaysia,” katanya.

Beliau juga menerangkan secara ringkas peristiwa-peristiwa yang membawa kepada perangkaan Perlembagaan Persekutuan.

“Adalah penting semua orang yang berkenaan menghormati perlembagaan dan berpegang padanya. Kegagalan berbuat demikian akan menidakkan kedaulatan undang-undang.”

FMT



2 thoughts on “DUN boleh tolak orang pilihan sultan – Mahathir

  • April 25, 2019 at 2:55 pm
    Permalink

    tak faham aku sama ada atok 94 tahun tu gila atau cuba lagi tunjuk kuasa kononnya dirinya yang sebenar paling besar & mutlak…apa agaknya motif atok 94 tahun tu yang bila2 masa saja boleh jalan ungkit2 lagi fasal hal perlembagaan(negeri & persekutuan) sedangkan lantikan MB Johor yang baru & barisan exconya telah pun berjalan dengan baik?

    Reply
  • May 2, 2019 at 3:22 pm
    Permalink

    Orang kalau beraja di hati memang tak tahu adab beraja.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *