Kertas Putih Felda di laman awam sehari sebelum bentang.

Kertas Putih Felda di laman awam sehari sebelum bentang, kata warga Internet
Seorang pengguna Twitter berkata Kertas Putih Felda dimuat naik di laman awam sehari sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, selepas menteri mahu tindakan keras diambil terhadap Najib Razak kerana memaparkan sebahagian dokumen itu di Facebook.

@Syahirsyhr berkata jika tindakan perlu diambil, maka kakitangan Parlimen perlu dikenakan tindakan kerana menyediakan dokumen itu di laman Parlimen.

“Sesiapa akses laman web Parlimen boleh muat turun Kertas Putih Felda,” katanya. “Kau bentang Kertas Putih Felda hari ini tapi dah ada dalam Risalat Parlimen sejak semalam.”



Terdahulu, Azmin mahu tindakan keras diambil terhadap bekas perdana menteri kerana memaparkan sebahagian dokumen di Facebook semalam, walaupun dilarang (embargo) sehingga pagi tadi.

Menurut Peraturan Mesyuarat, mendedahkan rang undang-undang atau dokumen, sama ada secara penuh atau sebahagian, sebelum masanya, adalah menghina Dewan Rakyat.

Dokumen yang dicetak menyatakan ia tak boleh disiarkan sebelum 11.30 pagi.

FMT



Apa khabar Felda? Takkan tiba-tiba sepi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker