Parti yang menang tentukan siapa MB bukan pihak Istana – Mahathir

Dr M: Parti yang menang tentukan MB Johor

Pengerusi Bersatu, Dr Mahathir Mohamad menegaskan partinya mempunyai hak untuk menentukan calon menteri besar Johor dan bukannya pihak istana.

Ini selepas Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam berkata Sultan Johor mempunyai kuasa untuk melantik Menteri Besar berikutan peletakan jawatan penyandangnya, Osman Sapian.

“Ini perkara politik, sultan tak ada peranan. Parti yang memenangi pilihan raya tentukan siapa,” kata Mahathir kepada pemberita selepas merasmikan Forum Kewangan Islam di Kuala Lumpur pagi ini.



Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau atau Sultan Johor akan memutuskan siapa menteri besar yang baru.

Mkini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker