Jangan sibuk urusan Johor, ini jawapan Mahathir.

Malaysia mengamalkan sistem demokrasi iaitu Raja Berperlembagaan, bukan raja yang berkuasa mutlak.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, perkara itu jelas ketika membentuk Persekutuan Tanah Melayu dengan menggubal undang-undang negara, Perlembagaan Persekutuan.


“Dalam Perlembagaan Persekutuan, kita telah nyatakan Persekutuan Melayu dan negeri-negeri dalam Persekutuan ini mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, bukan raja yang berkuasa mutlak.

“Kalau masih ada dalam undang-undang negeri Johor, itu terbatal kerana Johor juga setuju dengan sistem pemerintahan di negara kita,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini.


Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) diminta mengulas mengenai status Facebook Sultan Johor, Sultan Ismail Sultan Iskandar yang bertitah, “Jangan sibuk mencampuri urusan negeri ini kerana negeri yang berdaulat ini masih mempunyai seorang Sultan.” – UTUSAN ONLINE

Related Articles

One Comment

  1. Raja tidak mempunyai kuasa mutlak, kerajaan juga tidak mempunyai kuasa mutlak…buktinya atok 94 tahun terpaksa kena tarik balik statute rome…apa berlaku, kerajaan yang menunjuk-nunjuk kuasa bukan Raja2 Melayu

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker