Subsidi haji bakal dikurangkan.

oleh Ab Jalil Backer

Negara ini ditubuhkan atas perjuangan umat Islam. Termaktub di dalam Perlembagaan bahawa Islam adalah agama persekutuan.

Umat Islam yang bergolok bergadai untuk memerdekakan negara ini.

Malangnya bila ada lebai tepi jalan jadi menteri Agama dia sibuk bercakap soal rahmatan lil alamin’ yang tampak untuk menyusupkan kebolehterimaan orang Islam terhadap DAP sahaja.



Walaupun kita mempunyai sejarah tolak ansur yang panjang, bukan pula bermakna menjadi muslim di negara ini tidak layak mendapat apa-apa keistimewaan termasuklah keistimewaan dalam pentadbiran.

Penubuhan pelbagai institusi berasaskan kepentingan umat Islam seperti Tabung Haji, Yadim, Yayasan Waqaf Malaysia dan lain-lain adalah sebahagian keistimewaan umat Islam negara ini.

Adalah bodoh dan bangang jika ada orang Islam mempersoal, memperlekeh atau mempertikaikan keistimewaan dan bantuan kerajaan kepada institusi Islam termasuklah Tabung Haji.

Umat Islam negara lain kagum dengan pengurusan TH menguruskan jemaah haji, mengurangkan beban kewangan jemaah dan menyediakan pelbagai kemudahan kepada jemaah haji Malaysia.



Memang semua ini tiada dalam al-Quran. Tapi Allah bagi akal dan otak supaya kita membantu sesama Islam.

Kalau kerajaan mampu hendak bagi orang Islam pergi haji percuma pun apa salah? Hantar atlet sukan ke luar negara boleh takkan hantar jemaah haji salah?

Malangnya jangan katakan percuma, subsidi kepada Jemaah Haji pun hendak ditarik balik. Itu bukan duit kerajaan pun.

Penyakit musim liberal ni memang susah diubati.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker