Saya akan terus hadir’ – Noh Omar

Share

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar menjelaskan, beliau akan terus menghadiri persidangan Dewan Rakyat meskipun digantung daripada menghadirinya selama tiga hari oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming.

Katanya lagi, beliau tidak tahu di bawah peraturan apa dirinya dijatuhkan hukuman tersebut oleh itu perlu untuk beliau terus menghadiri sesi persidangan untuk membela diri.

“Saya digantung tiga hari tanpa pengetahuan saya, sebab itu saya bangun dan bertanya di bawah peraturan berapa saya digantung. Kalau saya digantung dibawah Peraturan 44 bermakna pada masa itu saya melawan Speaker, kalau nak gantung saya, patut semalam.

“Jika beliau rasa saya menghina Dewan Rakyat dan tidak patuh kepada arahan Speaker, semalam dia patut gantung saya, kenapa hari ini gantung saya. Jika mahu gantung saya juga, tunggulah saya hadir ke dalam Dewan, ini saya tiada dalam Dewan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Sementara itu, jelas Noh, isu yang beliau bangkitkan semalam adalah berkaitan Kor Ming berhubung kenyataan Ahli Parlimen Teluk Intan itu bahawa Malaysia akan menjadi Afghanistan yang diperintah Taliban jika UMNO dan Pas membentuk kerajaam seperti yang dilaporkan oleh beberapa media.

“Saya tanya dalam Dewan betul atau tidak itu sahaja. Jika betul kata betul janganlah putar belit kenyataan, sebaliknya jika tidak benar dia sebagai Timbalan Speaker kena berani, jika tak sebut tetapi media buat isu, samanlah media, itu sahaja, siapa yang menghina Dewan sekarang?,” katanya. – UTUSAN ONLINE.

One thought on “Saya akan terus hadir’ – Noh Omar

  • March 20, 2019 at 1:24 pm
    Permalink

    Kemukakan usul di Parlimen penggantungan yg diputuskan oleh Tim.Speaker ketas YB Tanjung Karang adalah tidak sah dan tak mengikuti prosedur Dewan Rakyat..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *