Agensi k’jaan ramal BN menang di Semenyih

Share

BN dijangka akan merampas kembali kerusi Dewan Udangan Negeri (DUN) Semenyih pada pilihan raya kecil (PRK) yang akan berlangsung esok.

Menurut tinjauan yang dilakukan sebuah agensi kerajaan mendapati pegundi Semenyih berkemungkinan besar akan mengundi calon BN, Zakaria Hanafi.

Laporan agensi itu mendedahkan pengundi Melayu memihak BN dan pembangkang dijangka memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 2,000 undi.

“Berdasarkan 500 pengundi yang ditemui ketika kempen, 52.6 peratus memihak BN, 22.4 peratus Pakatan Harapan (PH), 22.6 peratus pengundi atas pangar dan 1.6 peratus memihak bebas.

“Tinjauan ini dilakukan berdasarkan 70 peratus Melayu, 14 peratus Cina, 14 peratus India, 2 peratus lain-lain kaum.

“Dengan peratusan keluar mengundi sekitar 65 peratus, BN dijangka mampu mencipta kemenangan dengan majoriti 2,000 undi,” kata laporan itu.

PRK DUN Semenyih diadakan ekoran kematian Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Bakhtiar Mohd Nor akibat serangan jantung pada 11 Januari lalu.

Bakhtiar daripada Bersatu mengalahkan penyandang kerusi itu, Johan Abd Aziz, daripada BN pada pilihan raya umum (PRU) ke 14 Mei tahun lalu dengan majoriti 8,964 undi.

Pertembungan empat penjuru pada PRK kali ini menyaksikan PH mempertahankan kerusi berkenaan dengan mempertaruhkan Muhammad Aiman Zainali.

Selain Zakaria, Aiman akan ditentang calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Nik Aziz Afiq Abdul dan calon bebas yang juga aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng.

Bossku pengaruhi sokongan

Sementara itu menurut kajian badan itu juga, kehadiran Najib Razak yang terkenal dengan “bossku” juga turut mempengaruhi pengundi.

“…’Bossku’ memberi kesan kepada pengundi Semenyih, selain itu kawasan kampung dan Melayu memihak BN.

“Dianggarkan sekitar 55-60 peratus pengundi Melayu akan menyokong BN, pengundi Cina dan India sekitar 10 ke 20 peratus akan mengundi BN.

“Pengundi India dan Cina juga tidak sepenuhnya kepada PH kerana tiada tawaran baru dari parti itu,” kata laporan itu lagi.

Laporan itu juga turut mengjangkakan pengundi yang keluar menunaikan tanggungjawab esok sekitar 65 peratus saja.

Kehadiran Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada saat akhir kempen juga dilihat tidak memberi kesan.

Tambah laporan itu, jumlah kehadiran yang ramai pada program anjuran PH adalah terdiri dari kalangan jentera parti dan bukan pengundi tempatan.

Mkini

One thought on “Agensi k’jaan ramal BN menang di Semenyih

  • March 1, 2019 at 22:26
    Permalink

    Saya pun suka jika pH Kalah untuk setakat pengajaran kerana mungkir janji dlm manifesto.

    Reply

Leave a Reply