PRNJohor: Pejuang tolak PH dan tak layan PN

PRNJohor: Pejuang tolak PH dan tak layan PN

Pejuang menolak pelawaan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk gabungan besar pada pilihan raya negeri (PRN) Johor kerana perbezaan prinsip, kata Presidennya, Mukhriz Mahathir.

Beliau berkata, partinya kekal dengan keputusan bertanding solo menentang Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada PRN Johor, namun membuka ruang perbincangan dengan MUDA.



“Ketika ini, masih berdiri solo dan kita tidak tubuhkan gabungan sendiri. Perbincangan juga dimulakan dengan MUDA, dengan (Presiden MUDA) Syed Saddiq (Syed Abdul Rahman) memang ada perbincangan, tapi belum dimuktamadkan.

“Kalau menjadi (kerjasama dengan MUDA), kita boleh buat pengumuman dalam masa terdekat. Dan, dengan pihak lain, belum ada perbincangan mendalam. Contohnya dengan PH,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Beliau berkata, ada perkara berkaitan soal prinsip yang menyukarkan kerjasama Pejuang dan PH, berdasarkan pengalaman dahulu.

“Kita lihat ada prinsip tertentu yang bukan setakat berbeza, tapi bertentangan antara parti-parti (dalam PH). Kita ada pengalaman itu. Waktu itu, memang kita ada agenda yang satu, iaitu untuk mengalahkan penyangak.



“Sekarang ini, bila kita saling mengenali, kita rasakan mungkin juga ada ruang kerjasama, walaupun tidak boleh dipupuk dalam satu bentuk gabungan. Mungkin kerjasama dalam bentuk yang lain,” katanya.

Mengenai kerjasama dengan PN, Mukhriz berkata: “Dengan PN tidak ada. Kita pun tak berapa nak layan mereka.”

Beliau mendakwa ada pihak dari PN yang menjaja kononnya Dr Mahathir Mohamad masih lagi Pengerusi PN.

“Rasa kecewa bila menerima laporan memberitahu beberapa orang di Johor sewaktu mereka perkenal kempen PN di sana, mereka dakwa kononnya Pengerusi PN adalah Mahathir.



“Mahathir sekarang Pengerusi Pejuang dan tidak terbabit dengan PN. Jauh sekali dengan PH.”

Beliau yakin Pejuang mempunyai peluang cerah untuk bersaing dengan parti lain, selain berharap SOP yang diperkenalkan Suruhanjaya Pilihan Raya kelak tidak menyukarkan orang ramai keluar mengundi.
FMT

PRNJohor: Pejuang tolak PH dan tak layan PN


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakaman CCTV Detik-Detik Kenderaan Pelakon Vanessa Angel Kemalangan Viral [VIDEO]

Pendakwah Neraka Jahanam Yang Menyesatkan Manusia



Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker