Chelsea berpesta atasi Liverpool

Chelsea berpesta atasi Liverpool

Chelsea berpesta atasi Liverpool
PALMER meraikan gol ketiga Chelsea. FOTO Reuters

London: Pemain dan penyokong Chelsea berpesta meraikan kemenangan 3-1 ke atas juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool awal pagi tadi tetapi ujian lebih getir menanti ketika pasukan London itu berusaha untuk kembali ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Penyokong di Stamford Bridge bersorak dan menyanyi lagu “One Step Beyond”, lagu hit 1980-an oleh kumpulan Madness sementara pengurus Enzo Maresca berlari ke padang sambil staf kejurulatihannya saling berpelukan di tepi padang.

“Hari ini mungkin suasana terbaik musim ini bersama penyokong, inilah yang kami perlukan setiap perlawanan – luar biasa. Ia sangat baik,” kata Maresca kepada wartawan.

“Mengapa staf, kejurulatihan, pemain dan juga penyokong begitu gembira di akhir perlawanan ialah kerana pada peringkat musim ini, anda perlu menang.”

Gol awal Enzo Fernandez dan gol sendiri Jarell Quansah meletakkan Chelsea 2-0 di hadapan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?


Walaupun Virgil van Dijk merapatkan kedudukan pada minit ke-85 melalui tandukan dari sepakan penjuru, Cole Palmer memastikan kemenangan dengan sepakan penalti pada lewat perlawanan.

Kemenangan itu mengekalkan Chelsea di tempat kelima dalam carta EPL, kedudukan terakhir untuk layak ke UCL dan merapatkan jurang dengan beberapa pasukan di atas mereka.

Suasana pesta itu amat berbeza dengan ketegangan di Stamford Bridge seawal pertengahan April apabila Maresca menyalahkan “suasana” di stadium atas prestasi buruk semasa seri 2-2 menentang pasukan tercorot Ipswich Town

Namun, di sebalik sambutan kemenangan pertama Chelsea ke atas Liverpool dalam liga sejak 2021 itu, mereka menyedari cabaran sebenar bagi harapan Chelsea kembali ke pentas elit Eropah masih belum tiba.

Liverpool yang dimahkotakan sebagai juara England hujung minggu lalu, menurunkan separuh kekuatan apabila jurulatih Arne Slot memberi peluang kepada pemain simpanan untuk menyerlah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit


Dalam baki tiga perlawanan musim ini, Chelsea perlu bertandang ke Newcastle United dan Nottingham Forest – dua pasukan yang turut bersaing untuk slot UCL.

Di antara aksi itu, mereka akan menjadi tuan rumah kepada Manchester United yang kini dalam prestasi hambar, tetapi tetap mahu menamatkan musim dengan maruah.

Maresca berkata, dia akan menumpukan perhatian satu perlawanan pada satu masa tetapi dalam masa sama mengakui sangat penting apabila Cole Palmer menjaringkan gol semula ketika melayan Liverpool.

Palmer menjaringkan 14 gol dalam 21 perlawanan pertama Chelsea musim ini tetapi tidak menemui jaringan sejak pertengahan Januari.

Slot pula kecewa kerana gagal meneruskan rentetan kejayaan selepas memenangi kejuaraan minggu lalu, tetapi memuji pasukannya kerana mendominasi penguasaan bola dan menjaringkan gol yang mengekalkan rekod mereka meledak jaringan dalam setiap perlawanan liga di tempat lawan musim ini.

Jurulatih dari Belanda itu juga menyatakan rasa terkejutnya terhadap kemerosotan mendadak aspirasi kejuaraan Chelsea musim ini selepas mereka memberi saingan sengit kepada Liverpool ketika tewas 1-2 di Anfield pada Oktober.

“Saya jangka mereka akan menjadi ancaman musim ini,” katanya. “Untuk berada (19) mata di hadapan mereka adalah satu pujian besar.”

Chelsea berpesta atasi Liverpool

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker