Sindiket penipuan pekerjaan tumpas, 12 warga China ditahan
Sindiket penipuan pekerjaan tumpas, 12 warga China ditahan

IPOH: Polis menumpaskan kegiatan sindiket penipuan pekerjaan susulan penahanan 12 warga China dalam serbuan di sebuah rumah banglo dua tingkat di Pasir Puteh, di sini
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin, berkata suspek terdiri 10 lelaki dan dua wanita berusia 25 hingga 44 tahun itu menjadikan premis berkenaan sebagai pusat panggilan untuk penipuan pekerjaan yang menyasarkan warga negara republik itu.
.Katanya, serbuan dilakukan pasukan risikan operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak kira-kira jam 2 petang Jumaat lalu.
“Siasatan awal mendapati premis itu dipercayai menjalankan kegiatan penipuan berkenaan sejak awal bulan lalu. Semua ahli sindiket berperanan sebagai penyelia pusat panggilan dan pencari pelanggan untuk menawarkan pekerjaan dalam talian, di mana melengkapkan tugasan pembelian barangan dalam talian kononnya bagi mendapatkan rebat tunai.
“Rebat tunai ditawar serta dijanjikan oleh sindiket dalam mata wang Yuan selepas mangsa melengkap dan menyempurnakan ‘task’ (tugas) pembelian barangan dalam talian. Namun, apabila mangsa membuat pembayaran bagi pembelian barangan itu, rebat tunai yang dijanjikan tidak diperoleh,” katanya dalam kenyataan malam ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
- Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
Beliau berkata, polis merampas 10 unit komputer riba, empat ‘router’ dan 20 unit telefon bimbit dianggarkan bernilai eseluruhan RM36,000.
“Semua suspek direman empat hari bermula Sabtu lalu untuk siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 120 (b) Kanun yang sama,” katanya.
Sindiket penipuan pekerjaan tumpas, 12 warga China ditahan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.