Indeks ekonomi Malaysia menjunam sejak Jun 2018

Hari ini, Jabatan Perangkaan Negara telah mengeluarkan Indeks Pelopor (IP) yang dikumpul untuk bulan Disember 2018,

Indeks ini memantau prestasi ekonomi ke hadapan dan adalah petunjuk bagi keadaan ekonomi pada jangkamasa yang akan datang ataupun “leading indicator”.

Maksudnya, bacaan indeks untuk Disember 2018 iaitu -1.7% menggambarkan keadaan ekonomi untuk suku pertama dan suku kedua tahun depan akan lembab.

Laporan ini menunjukkan indeks ini telah susut bagi tempoh 7 dari 8 bulan yang dipantau selepas PRU14 iaitu dari Mei sehingga Disember berbanding indeks yang semakin naik sebelum itu.



Ini menunjukkan angka negatif untuk 6 bulan berturut-turut.

Lebih membimbangkan ialah angka penyusutan ini nampaknya semakin menjunam untuk 6 bulan yang terakhir.

Dari bulan Januari sehingga April 2018, indeks yang sama menunjukkan kenaikan ataupun positif untuk setiap bulan.

Tetapi selepas PRU14, ianya negatif untuk 7 dari 8 bulan, iaitu dari Mei hingga Disember.



Berdasarkan laporan Indeks ini, Jabatan Perangkaan kerajaan PH telah membuat rumusan bahawa prestasi ekonomi negara akan semakin lembab untuk bulan-bulan yang akan datang.

Menteri Kewayangan tentu tidak akan memberi sebarang komen untuk laporan ini walaupun ianya dari kerajaan PH sendiri.

Najib Razak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker