Calon PH tak boleh cakap banyak, macam pengantin’ -Muhyiddin

Pakatan Harapan (PH) menyifatkan calon parti itu yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih tidak perlu bercakap banyak dan digambarkan seperti seorang pengantin.

Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana ramai pemimpin-pemimpin lebih kanan dari parti itu akan turun berkempen bagi membantu calon.

Bagaimanapun, katanya, komitmen calon tetap ada iaitu bagi memenangi hati rakyat setempat.

“Kita ramai di sini yang akan turun membantu berkempen, membantu calon.



“Calon macam pengantin. Bercakap sikit lebih baik daripada bercakap banyak,” katanya kepada pemberita selepas penamaan calon PRK DUN Semenyih di Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandaran Kajang, Saujana Impian, dekat sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker