Kerajaan PH kurangkan kadar makanan di Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

Share


Selepas lebih seminggu isu pemberian peruntukan khas kerajaan Pakatan Harapan kepada kolej universiti swasta, hari ini timbul pula isu mengurangkan kadar makanan sehari di sekolah berasrama penuh (SBP).

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, pengurangan tersebut adalah daripada RM18 kepada RM14.50 sehari.

“Baru dapat tahu Kerajaan PH telah mengurangkan kadar makanan sehari di SBP daripada RM 18 kepada RM14.50.

“Kerajaan Barisan Nasional (BN) dulu tak terlintas nak buat perkara ini ,” katanya menerusi hantaran di akaun Twitter miliknya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *