Selangor hutang paling tinggi – Najib

    Negeri yang “hutang” paling tinggi kepada kerajaan pusat sebenarnya ialah Selangor, bukan Pahang.

    Liabiliti Selangor kepada kerajaan pusat ialah sekurang-kurangnya RM25 bilion berbanding RM3 bilion untuk negeri Pahang.

    Biar saya jelaskan.

    Jika sebuah negeri ingin meningkatkan atau mengstruktur kembali infrastruktur perkhidmatan air, mereka ada dua pilihan untuk mencari dana:



    KAEDAH 1: Meminjam dana dari kerajaan pusat. Kaedah ini digunakan oleh negeri Pahang dan menyebabkan hutang negeri meningkat.

    Tetapi aset-aset infrastruktur air masih dimilik oleh negeri Pahang.

    KAEDAH 2: Meminta kerajaan pusat mengeluarkan dana untuk membeli aset-aset infrastruktur air dan menyewa kembali aset-aset ini kepada negeri.

    Kaedah ini digunakan untuk Selangor.



    Dari tahun 2010 sehingga tahun 2018, kerajaan pusat telah mengeluarkan dana serta mengambil alih liabiliti yang berjumlah RM25 bilion untuk aset-aset air negeri Selangor.

    Ini termasuk untuk projek penyaluran Air Mentah Pahang ke Selangor, projek Loji Rawatan Air Langat 2 dan skim penstrukturan semula industri bekalan air.

    Selangor membayar balik kepada kerajaan pusat dengan cara pajakan iaitu bayaran sekitar RM750 juta setiap tahun selama 45 tahun sebelum aset-aset ini dikembalikan kepada negeri.

    Walaupun kedua-dua kaedah melibatkan kerajaan pusat mengeluarkan dana untuk negeri, kaedah kedua tidak dikira sebagai hutang rasmi negeri kerana ianya diklasifikasi sebagai pajakan.



    Bagaimanapun, kedua-dua kaedah memerlukan negeri untuk membayar balik kepada kerajaan pusat – samada dengan membayar hutang seperti Pahang ataupun secara ansuran melalui bayaran pajakan tahunan seperti Selangor (dan Pulau Pinang).

    Bahagian terbesar daripada hutang RM3 bilion negeri Pahang ialah untuk infrastruktur perkhidmatan air negeri itu.

    Bila negeri Pahang menjalankan kaedah penstrukturan semula industri perkhidmatan air seperti yang telah dilakukan oleh negeri Selangor dan negeri-negeri lain, maka hutang negeri Pahang juga akan jatuh dengan banyak.

    Menteri Kewangan kita telah berkali-kali menyalahgunakan saluran rasmi kementerian untuk serangan politik ke atas negeri Pahang untuk PRK Cameron Highlands minggu lepas.



    Tetapi dia tidak memberikan gambaran sebenar seperti apa yang saya jelaskan diatas.

    Buat apa dia perlu beri maklumat lengkap dan sahih asalkan rakyat masih senang untuk ditipu oleh Menteri Kewayangan DAP?

    Najib Razak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker